Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang menghadapi peperiksaan.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

"Selamat maju jaya kepada mahasiswa-mahasiswi IPT yg sedang menghadapi peperiksaan.

"Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua," katanya dalam tweet
terbaru beliau.