HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, yang akan menyaksikan kedua-dua negara saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Ismail Sabri yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi di sini pada pukul 1.45 tengah hari (2.45 petang waktu Malaysia) dan disambut Pengerusi Kerajaan Vietnam Tran Van Son selaku menteri pengiring.
Turut menyambut ketibaan Ismail Sabri yang mengadakan lawatan sulungnya ke negara itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan beberapa pegawai kanan.
Ismail Sabri diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang, dengan lagu kebangsaan Malaysia, 'Negaraku' dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Vietnam "Tien Quan Ca".
Sejurus tiba beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat Vietnam yang mempunyai kepentingan di Malaysia dan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia termasuk dalam bidang pelaburan.
ISMAIL SABRI-TIBA 2 (AKHIR) HANOI
Selepas itu beliau dijadualkan bertemu Keluarga Malaysia yang berada di Hanoi.
Pada hari kedua, majlis sambutan rasmi akan diadakan di Istana Presiden Vietnam dan diikuti dengan sesi bergambar Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Vietnam.
Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya akan mengadakan perbincangan dan diikuti sesi pertukaran dokumen sebelum majlis makan tengah hari.
Dokumen itu adalah memorandum persefahaman (MOU) berhubung perundangan, Mou berkaitan kerjasama perburuhan, surat niat antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara Malaysia dengan Akademi Diplomasi Vietnam dan pertukaran dokumen antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Vietnam (VNA).
Perdana Menteri juga dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc diikuti kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong dan kemudiannya bertemu Pengerusi Dewan Rakyat (Chairman of the National Assembly) Vuong Dinh Hue.
Ismail Sabri akan berlepas pulang ke Malaysia pada Selasa pagi selepas mengadakan sidang media bersama media Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Ismail Sabri diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang, dengan lagu kebangsaan Malaysia, 'Negaraku' dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Vietnam "Tien Quan Ca". - Foto BERNAMA
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Vietnam, Malaysia memainkan peranan penting dalam ASEAN - Penganalisis
Collins menekankan momentum yang semakin meningkat dalam hubungan Vietnam-Malaysia membabitkan semua sektor.
Lawatan PM Anwar ke Vietnam kukuh hubungan, perluas kerjasama
Ia sebagai pemula kepada penerokaan pelbagai sektor berkepentingan baharu termasuk dalam bidang pertanian, halal, keselamatan dan pendidikan.
PM tiba di Vietnam untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri tiba pada pukul 1.45 tengah hari (2.45 petang waktu Malaysia) dan disambut Pengerusi Kerajaan Vietnam Tran Van Son selaku menteri pengiring.
Tun Dr Mahathir pandu uji kereta sulung buatan Vietnam
Sempena lawatannya ke Vietnam selepas 21 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diberi penghormatan memandu uji kereta VinFast, buatan sulung Vietnam.
PM tiba di Hanoi untuk lawatan kerja tiga hari di Vietnam
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, Vietnam pada Isnin malam bagi memulakan lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke negara ini.