Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan hormat oleh kerajaan Thailand di Bangunan Pentadbiran Kerajaan, di sini hari ini.
Beliau yang disambut oleh rakan sejawatannya, Jen Prayut Chan-o-cha kemudian memeriksa kawalan kehormatan tentera Thai.
Kedua-dua pemimpin negara itu kemudian mengadakan mesyuarat tertutup dan sulit yang membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama.
Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di Pangkalan Udara Diraja Thailand Don Mueang di sini bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke negara itu.
Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba pukul 11.30 pagi waktu tempatan.
Ketibaan beliau disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan Attaché Pertahanan Malaysia di Thailand, Brigidier Jeneral, Baharuddin Ahmad.
Ikuti majlis sambutan hormat itu menerusi Saluran 501 dan di Live TV astroawani.com.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 24 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Terminal Udara Ibu Pejabat Tentera Udara Diraja Thai sempena lawatan rasminya selama dua hari bermula hari ini. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
PM terima sambutan hormat kerajaan Thai
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan hormat oleh kerajaan Thailand di Bangunan Pentadbiran Kerajaan di sini, hari ini.