Deepavali disambut di seluruh negara hari ini dalam suasana penuh meriah dengan warga Malaysia beragama Hindu mengadakan upacara keagamaan di kuil-kuil dan menerima kunjungan anggota keluarga dan sahabat handai di rumah mereka.
Sambutan di kompleks kuil di Batu Caves di sini adalah antara acara kemuncak pada hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan latar belakang pada majlis rumah terbuka anjuran MIC.
Orang ramai yang mula berkumpul di perkarangan kompleks itu seawal 8 pagi, dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan vegetarian India. Rumah terbuka itu diadakan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Dimeriahkan dengan paluan gendang dan seruling India serta cuaca pagi yang nyaman, ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada kira-kira 10.30 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti.
Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tetamu lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri, pemimpin politik dan diplomat asing.
Memakai kurta berwarna kuning air dengan seluar warna senada dan sebai berwarna merah, Najib kemudiannya memotong kek Deepavali, diiringi Palanivel, Samy Vellu, Rais dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, pelancong dari Jerman, Andrea Niepalla berkata majlis rumah terbuka Deepavali penuh warna-warni itu amat unik dan mengagumkan, manakala Michel Wilmer dari Switzerland berasa gembira kerana berpeluang menikmati pelbagai juadah kaum India dan kagum dengan keramahan rakyat Malaysia.
"Sungguh seronok berada di Malaysia dan menghadiri majlis yang penduduk pelbagai kaum dan agama meraikannya bersama-sama dengan penuh meriah dan gembira," katanya.
Bernama
Tue Nov 13 2012
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.