Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan bakal presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Dalam catatan menerusi laman Facebook, beliau berkata beliau telah berbual dengan Trump menerusi telefon awal hari ini dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif.
"Antara lain, perbualan kami menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan Malaysia.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangan beliau dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Amerika Syarikat-Malaysia," kata Najib dan menambah ia merupakan "peluang terbaik" dapat menghubungi Trump selepas kemenangan besarnya.
Trump, 70, calon dari Parti Republikan menewaskan lawannya dari Parti Demokrat Hillary Clinton dalam pemilihan presiden awal bulan ini untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 27 2016
Dalam catatan menerusi laman Facebook, Najib berkata beliau telah berbual dengan Trump (kanan) menerusi telefon awal hari ini dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM Najib, Trump bersetuju kukuhkan lagi hubungan KL-Washington
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan bakal presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Trump tidak asing bagi saya, hubungan baik Malaysia-AS akan kekal - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump bukanlah asing buat dirinya.