Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tambahan peruntukan RM3 juta akan disediakan bagi meningkatkan kemudahan di Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP)-Hospital Selayang di sini dalam usaha membantu rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan pusat itu membeli peralatan canggih untuk meningkatkan lagi perkhidmatannya.
PM Najib melihat dengan lebih dekat operasi pusat itu di Jalan Kuching di sini hari ini, yang menawarkan perkhidmatan serendah RM103 atau percuma kepada golongan sangat kurang berkemampuan.
Lebih menarik, pusat kendalian MAIWP dengan kerjasama hospital tersebut memberikan perkhidmatan tanpa mengira latar belakang agama dan kaum pesakitnya.
"Saya begitu kagum dengan perkhidmatan di sini di mana saya difahamkan, dalam satu hari lebih kurang 30 pesakit diberi rawatan secara efisien," katanya dalam ucapan ringkas di akhir lawatan ke pusat katarak itu.
Mengulas lanjut, PM Najib, yang turut diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kerajaan sentiasa membuktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dalam pelbagai aspek termasuk kesihatan.
Pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di pusat itu kelihatan agak terkejut melihat kedatangan Perdana Menteri ke situ.
Rata-rata pesakit kelihatan teruja kerana tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu hadir dan bertanya khabar serta masalah kepada mereka.
Pesakit dan kakitangan tidak melepaskan peluang untuk bersua muka selain berswafoto.
PM Najib melawat setiap tingkat di bangunan tiga tingkat itu sambil diiberi penerangan oleh Ketua Oftalmologi, Dr Nor Fariza Ngah mengenai perkhidmatan yang ditawarkan pusat katarak yang memulakan operasi sejak 16 Jan 2013.
PM Najib berkata ketika pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas di Dewan Rakyat, kerajaan memperuntukkan RM27 bilion bagi sektor perubatan untuk pembinaan hospital baharu dan menaik taraf kemudahan wad, bekalan ubat serta sokongan perubatan.
"Kita (kerajaan) akan teruskan usaha seperti ini. Saya percaya pengumuman (peruntukan) ini akan bantu kakitangan pusat katarak ini beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat," kata PM Najib.
Dalam pada itu, Najib mahu kakitangan pusat katarak itu memberi layanan sama rata kepada pesakit bukan Islam walaupun pusat itu merupakan kerjasama antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan kerana beliau mahu semua lapisan masyarakat menikmati kemudahan tersebut.
Pusat itu dikendalikan oleh tujuh pegawai perubatan, sembilan jururawat dan seorang pakar oftalmologi dan ia beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.
Sementara itu, pesara kerajaan, Sulaiman Hijes, 61, melahirkan kepuasan dengan perkhidmatan yang diberikan di pusat berkenaan selain berkongsi perbualan bersama Najib iaitu beliau mahu pusat itu dikekalkan di lokasi tersebut.
"Kesempatan bertemu Perdana Menteri tadi beri peluang saya mewakili hasrat pesakit lain, kalau boleh tambah keluasan pusat ini untuk keselesaan pesakit," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham, dalam Facebooknya, berkata pusat itu menerima 12,100 pesakit sejak ditubuhkan 2013.
"Pesakit hanya perlu membayar RM103 untuk pembedahan, manakala pesakit kurang kemampuan adalah diberi rawatan percuma. Ini berbanding caj rawatan sekurang-kurangnya RM3,000 sehingga berbelas ribu jika dijalankan di hospital atau klinik mata swasta," katanya.
Beliau berkata pusat itu adalah contoh kerjasama pintar yang strategik antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan.
MAIWP menyumbang dana bagi membangunkan lot kedai untuk dijadikan pusat itu serta menyediakan peralatan canggih untuk pembedahan katarak manakala kementerian pula menyediakan pasukan kepakaran mata untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada kadar sangat berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
![PM Najib lawat Pusat Pembedahan Katarak MAIWP PM Najib lawat Pusat Pembedahan Katarak MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519045791_NajibTunRazak.jpg)
PM Najib melihat satu daripada peralatan yang digunakan untuk merawat penyakit mata semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini. - Bernama
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710451569_HospitalSelayang.jpg)
Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.
![Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705936803_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
![Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688553993_parkir.jpg)
Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal
Pengenalan sistem parkir mekanikal dijangka mampu mengatasi masalah parkir dan kesesakan di hospital sekali gus dapat memberi manfaat buat pengunjung.
![Pemain era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia Pemain era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680760585_AzharMohdSharif.jpg)
Pemain era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia
Azhar dilapor menderita penyakit angin ahmar selain mengalami komplikasi jantung.
![Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672214176_LogoPDRM.jpg)
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
![Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71585024326_hospitalselayang.jpg)
Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang semalam diberikan rawatan terbaik.
![Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671289847_ZALIHA.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan
![Perodua sumbang barangan, peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital Perodua sumbang barangan, peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671008721_perodua.jpg)
Perodua sumbang barangan, peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital
Antara barangan yang disumbangkan ialah peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit.
![Hannah Yeoh dan Adam Adli ziarah Rahman Sidek Hannah Yeoh dan Adam Adli ziarah Rahman Sidek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670879794_TBHANNAHRAHMANSIDEK.jpg)
Hannah Yeoh dan Adam Adli ziarah Rahman Sidek
Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman.
![Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660425569_LelakiCedera.jpg)
Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun
Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia.