Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) untuk mencari, mengenal dan membantu 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM Tahun 2013-2017 bagi melanjutkan pengajian di institusi pendidikan dan kemahiran tinggi termasuk universiti awam.
Perdana Menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri yang melibatkan 100 sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar untuk menjelajah ke 28 lokasi utama di 92 kawasan Parlimen.
Konvoi itu melibatkan sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kenderaan pelbagai guna.
Konvoi itu akan tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan JBP itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.
Siri jelajah JBP 2018 akan tamat di Sarawak pada 1 Mei.
Bernama
Wed Mar 14 2018

Najib tiba untuk melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputra 2018 (JPM2018) di Dataran Putra hari ini. - BERNAMA
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

PM Najib lancar Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018
JBP 2018 adalah untuk mencari, mengenal dan membantu 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM Tahun 2013-2017 bagi melanjutkan pengajian tinggi.