Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan pelancaran projek pembangunan sebuah hospital pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kos berjumlah RM652 juta yang dijangkakan siap pada tahun 2021.
Berkeluasan 110,853 kaki meter persegi, hospital pengajar berkenaan boleh memuatkan 400 katil pesakit dan antara perkhidmatan bakal disediakan adalah pusat pembelajaran perubatan dan trauma 24 jam, perkhidmatan pemeriksaan pelajar perubatan perubatan dan jururawat selain dilengkapi rawatan ortodontik.
Najib berkata, kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju menjadikan hospital pengajar tersebut sebagai hospital pintar dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan perubatan serta perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
Jelasnya, ia akan dilakukan secara berperingkat melibatkan semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri dari segi faktor kewangan dan kelengkapan fasaliti hospital terbabit dari semasa ke semasa..
"Hospital pengajar ini bukan sahaja pertama di Sabah tetapi di seluruh Kepulauan Borneo, dan hari ini saya umumkan secara prinsip hospital ini sebagai hospital pintar.
" Kita akan menjadikan hospital pengajar pintar ini sebagai projek ikonik yang tidak hanya menguntungkan pelajar tetapi juga rakyat Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena pelancaran projek hospital pengajar UMS di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS, di sini, hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Menteri Sabah; Tan Sri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia; Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yan Kain Ching dan Naib Canselor UMS Datuk Dr. D Kamarudin D. Mudin.
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerjanya di Sabah hari ini sebelum itu sempat mengadakan lawatan ke bangunan baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telipok yang terletak di Sepanggar, dekat sini, pagi tadi.
Sementara itu, dalam ucapannya di UMS, Najib turut menyentuh isu pendemokrasian pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat mampu menjadi formula berguna bagi menghapuskan jurang pembangunan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, melalui pendemokrasian berkenaan, semua rakyat bukan termasuk Sabah dan Sarawak bukan sahaja menerima akses secara mudah bahkan pendidikan yang berkualiti.
Najib berkata, ini ditambah dengan keperihatinan beliau terhadap sektor pendidikan di Malaysia termasuklah di Sabah amat tinggi dan tidak boleh disangkal mana-mana pihak sejak menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1995 lagi dengan menubuhkan UMS.
"Bila kita sebut tentang usaha kita supaya Sabah dapat dibangunkan seimbang dengan Semenanjung, bila kita nak menghapuskan apa yang dikatakan jurang pembangunan, maka titik tolaknya adalah dengan membangunkan sistem pendidikan di Sabah," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Fri Mar 02 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat tinjauan model Hospital Pengajar UMS bersempena perasmian pelancaran hospital itu di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Sabah

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

HTAA bakal jadi hospital pengajar perubatan sukan
Ia dijangka dapat direalisasikan pada 2024 selepas mendapat pengiktirafan Universiti Malaya (UM).

Hospital Pengajar UiTM Puncak Alam mula beroperasi 5 April
Hospital pengajar bukan sahaja dilihat sebagai pusat penyebaran ilmu perubatan, malah turut berfungsi sebagai hospital biasa yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

PM Najib lancar hospital pengajar pertama di Sabah
Pelancaran hospital pengajar yang juga hospital pintar itu adalah sebagai usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan perubatan serta perkhidmatan kesihatan di Sabah.