Biarpun terpaksa menaiki bot, mengharung sungai dan melalui jalan terputus hubungan, namun Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak tetap kental menghadapinya demi melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pekan.
Sebaik tiba di Jambatan Sungai Kinchir pada pukul 3 petang ini, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bot jenis amphibious melalui Jalan Salong yang ditenggelami air sedalam satu meter sebelum 'dijemput' dengan bas sekolah untuk ke PPS Sekolah Kebangsaan Kinchir, Paloh Hinai.
Najib dan Rosmah kemudiannya bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan warga emas yang ditempatkan di pusat pemindahan itu yang menjadi 'rumah sementara' kepada 53 mangsa daripada 15 keluarga dari sekitar Kampung Salong.
Selesai lawatan di situ, Najib dan isteri kemudiannya menaiki bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang meredah arus Sungai Pahang sejauh 20 kilometer yang memakan masa lebih 45 minit untuk ke PPS Tanjung Lepar.
PPS itu menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga.
Selain bertanya khabar, Najib dan Rosmah turut sama menikmati ubi kayu dan keledek rebus serta pengat pisang yang menjadi juadah minum petang penghuni PPS itu.
Kesungguhan Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan untuk bersama-sama mangsa banjir sangat amat menyentuh perasaan penduduk Pekan dan amat menghargainya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Lepar Mat Lela Musa, 53, berkata juadah itu dimasak khusus orang kampung secara bergotong-royong bagi menyambut kedatangan perdana menteri dan isteri.-- Bernama
Bernama
Wed Feb 01 2017
![PM Najib dan Rosmah redah sungai, naiki bot lawat mangsa banjir PM Najib dan Rosmah redah sungai, naiki bot lawat mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51485960860_DSNajibRosmah.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bot melihat keadaan Sekolah Menengah Paloh Hinai yang ditenggelami air ketika meninjau kawasan Pekan yang dilanda banjir hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
![Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705290448_banjir.jpg)
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
![1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma 1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705214344_banjir.jpg)
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
![Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704097095_TBbanjirpekan.jpg)
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
![Banjir di Pahang masih terkawal - MB Banjir di Pahang masih terkawal - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703668061_TBbanjirjpg.jpg)
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702632322_TBPekerjapembersi.jpg)
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
![Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702440738_lemas.jpg)
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
![Mangsa banjir meningkat di Pahang Mangsa banjir meningkat di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677679904_MangsabanjirPahang.jpg)
Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
![Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675848530_MangsaBanjir.jpg)
Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.
![Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674642403_banjirpahang.jpg)
Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan
Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 97 orang petang ini, berbanding tujuh orang pagi tadi, dengan paras beberapa sungai utama menunjukkan trend peningkatan.