Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kapasitinya sebagai pegawai awam telah menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata ini kerana Najib merupakan seorang anggota pentadbiran dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Cecil Abraham selesai berhujah di dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais.
Mahkamah hari ini mendengar hujahan berhubung permohonan Najib untuk membatalkan saman dikemukakan terhadapnya oleh Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin, 41.
Mohd Hafarizam berkata hujahan defendan adalah terdapat perbezaan antara perkhidmatan awam, jawatan awam, kakitangan awam dan anggota pentadbiran.
"Tan Sri Cecil berhujah bahawa Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam. Siapakah anggota pentadbiran? Mereka ialah menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan dengan itu termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri," kata Mohd Hafarizam.
Peguam itu berkata Cecil juga berhujah bahawa dengan membaca kenyataan tuntutan itu, peguam mewakili defendan tidak menemukan sebarang butiran bahawa Najib ialah pegawai awam, bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang telah menjejaskan dan bahawa tindakan Najib itu dilakukan dengan niat jahat.
"Tan Sri Cecil berhujah itulah hujahan pertamanya yang bermaksud butiran mengenai salah guna kedudukan itu tidak ada," katanya.
Mohd Hafarizam berkata para plaintif dalam tuntutan mereka telah gagal untuk memperincikan bagaimana Najib telah menggunakan kuasanya untuk menjejaskan mereka (Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina).
Beliau berkata mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Peguam mewakili ketiga-tiga plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa dalam hujahannya beliau menyatakan kes saman itu tidak sepatutnya dibatalkan pada peringkat ini dan menggesa mahkamah memutuskan bahawa kes itu perlu menjalani perbicaraan penuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017

HAFARIZAM: Dr Mahathir dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Datuk Seri Najib menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1MDB. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.