Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.
Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengarahkan satu kajian semula dilakukan terhadap semua kegiatan pengintipan oleh pihak negara itu.
"Jadi, kita menantikan kajian semula tersebut. Kita berharap perkara ini tidak menjadi kontroversi pada masa akan datang," katanya dalam sidang media selepas sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M peringkat kebangsaan bertema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
di sini Selasa.
Perdana Menteri turut mempersoalkan sejauh mana pengintipan yang didakwa dilakukan terhadap kerajaan Malaysia dalam mengumpul maklumat tentang ancaman kepada keselamatan mereka yang melibatkan soal keganasan, senjata pemusnah besar-besaran, jenayah merentas sempadan dan sebagainya.
Najib berkata, Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada duta AS dan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia berhubung dakwaan mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini.
"Kami telah ambil langkah apa yang dikatakan sebagai respons sewajarnya di pihak kami dan mempertahankannya dari segi soal prinsip," katanya.
Baru-baru ini, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pemberi maklumat peri sikan, Edward Snowden (gambar) mendedahkan bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet.
Snowden mendedahkan risikan itu dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ yang turut membabitkan Britain dan Kanada.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulas tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang membawa laporan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut beberapa perkara yang bertentangan dengan Perlembangaan Negara.
Katanya kerajaan sentiasa menimbang pandangan semua sektor termasuk NGO dan pendirian kerajaan adalah berdasarkan perlembangaan dan undang-undang negara.
Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga mengambil kira kedudukan Islam dalam negara ini dan juga keperluan menghormati agama lain.
"Apa juga tuntutan mereka akan dipertimbangkan berdasarkan faktor yang disebut di atas, kami akan pertimbangkan keputusan yang sewajarnya untuk diambil dengan berdasarkan apa juga tuntutan atau pendirian yang mereka kemukakan kepada kerajaan," katanya.
COMANGO antara lain menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan keIslaman seseorang itu.
Selain itu, COMANGO menuntut menghapuskan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.
Bernama
Tue Nov 05 2013


Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Dalang Comango: Kes saman Marina selesai
Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan.

Marina Mahathir saman presiden dan 15 AJK ISMA fitnahnya terbabit aktiviti Comango
Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" di masjid-masjid pada 8 Nov tahun lepas.

KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM - Ahmad Zahid
KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

BN dan PR gagal capai ekspektasi umum dalam isu berbangkit
Dua pemimpin parti yang berbeza, BN dan PR capai kata sepakat bahawa parti mereka gagal capai ekspektasi umum dalam isu berbangkit.

KDN: Comango gabungan haram
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff menjelaskan Comango merupakan gabungan yang tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.

Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.

Permohonan Comango adalah tindakan biadab - Hasan Ali
Dato Dr Hasan Mohamed Ali menganggap permohonan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah adalah tindakan yang biadap.

Comango kemuka laporan hak asasi kepada PBB
Satu laporan mengenai hak asasi manusia di Malaysia telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).