PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura esok, 29 Nov, bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata lawatan itu juga adalah sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura melalui udara dan sempadan darat.
Menurutnya Ismail Sabri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.
"Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura, termasuk mengenai peluang-peluang kerjasama baharu, terutama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19. Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.
Menurutnya Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad serta pegawai-pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.
Sementara itu di SINGAPURA, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dalam satu sidang akhbar yang diadakan sempena lawatan Perdana Menteri itu berkata VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara yang dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin.
"Bagi pihak Malaysia ia akan beri manfaat kepada warganegara yang bekerja di Singapura yang selama ini tidak mampu atau tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan kekangan kuarantin dan kos yang terpaksa ditanggung," katanya hari ini.
Ismail Sabri dijangka tiba di Woodlands Checkpoints dan disambut Lee, sebelum kedua-dua pemimpin berkenaan merasmikan VTL darat.
Lawatan rasmi itu akan bermula dengan sambutan rasmi di perkarangan Istana dengan Ismail Sabri akan memeriksa kawalan kehormat dan seterusnya menandatangani buku pelawat.
Satu upacara menamakan bunga orkid sempena nama Ismail Sabri akan diadakan sebelum Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura.
Ismail Sabri kemudian dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee selama kira-kira 30 minit.
"Kedua-dua perdana menteri akan bertukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," kata Dr Azfar.
Menurut beliau, sejurus selepas itu, satu sidang akhbar bersama akan diadakan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura esok, 29 Nov, bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. - Gambar fail/BERNAMA
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.