KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjol dalam kalangan pemimpin negara-negara perdagangan kerana pendiriannya yang lantang bersuara mengenai krisis kemanusiaan di Gaza.
Melalui lawatannya ke Australia dan Jerman baru-baru ini untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan kedua-dua negara, Anwar tetap berpegang teguh dengan pendapatnya terutama melibatkan konflik di Asia Barat.
Penganalisis politik Rahman Hussin berkata Anwar tetap setia dengan perjuangannya kerana sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah penyokong Palestin dan Hamas.
"Beliau sentiasa lantang bersuara mengenai krisis kemanusiaan di Gaza dan saya suka bila beliau nyatakan "bukan semua bermula atau berakhir pada 7 Okt".
"Kenyataannya beliau berkata: tiada apa yang kita lakukan hari ini boleh menolak 60 tahun kekejaman yang telah berlaku kepada rakyat Palestin".
"Dan beliau telah membuat kenyataan itu dan beliau telah mempertaruhkan pendiriannya yang membuktikan bahawa beliau tidak menyimpang daripada apa yang sebenarnya beliau percayai dalam soal perjuangan Palestin," katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara, The Nation di Bernama TV, Jumaat.
Rahman juga berkata lawatan Perdana Menteri ke Jerman baru-baru ini telah menonjolkan keupayaan Malaysia, terutamanya dalam kalangan pemimpin kita.
Beliau berkata dalam pertemuan perdagangan dua hala dengan rakan sejawat asing sentiasa menjadi peluang bagi mereka untuk menunjukkan contoh kepemimpinan.
"Bukan hanya dari segi merealisasikan pelaburan tetapi juga dalam menetapkan tuntutan. Untuk menyatakan, inilah maksud Malaysia.
"Semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri yang lain, semua jenis pertemuan seperti ini sentiasa menjadi jalan untuk menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai suara dan kami akan melakukan segala yang kami boleh untuk membawa suara ini dan untuk merealisasikan aspirasi selatan global," katanya.
Seorang lagi tetamu rancangan itu, Pengarah Urusan IM Possible Solutions, Amir Isyam Abdul Rahim berkata mengambil kira perkembangan dan peningkatan dalam isu Palestin semasa, adalah wajar untuk Perdana Menteri bersuara sedemikian.
Beliau berkata beliau menyedari pandangan sesetengah pihak yang mengatakan sebagai sebuah negara kecil sekiranya Malaysia begitu lantang, boleh meletakkan negara terperangkap di antara negara 'kuasa besar' dan berpotensi memberi kesan kepada ekonomi.
"Tetapi saya juga berpendapat bahawa kita juga harus ingat bahawa jika kita senyap sepanjang masa kerana kita risau apa yang akan terjadi kepada kita, maka ini juga adalah senario jika ia terjadi kepada kita," katanya yang dipetik semasa rancangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjol dalam kalangan pemimpin negara-negara perdagangan kerana pendiriannya yang lantang bersuara mengenai krisis kemanusiaan di Gaza. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PM Anwar berduka, rakam takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia hari ini.
PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
PM zahir penghargaan kepada petugas kebudayaan jayakan program rasmi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada petugas kebudayaan atas curah bakti yang diberikan dalam menjayakan pelbagai program rasmi negara.
PM Anwar hadir Malam Manifestasi Tiga Seni
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik malam ini.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.