KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukurannya kerana Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, dapat bersatu semula dengan keluarganya yang berjaya dibawa keluar dari Gaza.
Anwar dalam hantarannya di Facebook berkata beliau turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam membawa keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri keluar dari kawasan bergolak itu.
Terdahulu Muhammad Nadir Al-Nuri dalam catatannya berkata Anwar merupakan individu penting, yang memainkan peranan utama dalam misi membawa keluar keluarganya dari Gaza, saat wilayah Palestin itu diserang tentera Israel.
Perkara itu dikongsikan oleh Muhammad Nadir Al-Nuri dalam catatan ‘183 Hari Yang Panjang’ menerusi hantaran di akaun Facebook serta Instragram beliau, malam tadi.
Muhammad Nadir Al-Nuri berkata sehari sebelum Aidilfitri, beliau dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi, yang memintanya datang ke satu lokasi khas selain membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, untuk turut sama ke lokasi itu.
“Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.
“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” kata Muhammad Nadir Al-Nuri.
Beliau menyifatkan misi membawa keluarganya dari Gaza itu sebagai ‘misi gila’, kerana bukan mudah untuk membawa keluar keluarganya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus di Gaza, selain ketegangan di sempadan yang berlanjutan.
“Namun secara senyap pemimpin negara (Anwar) menghubungi pihak sana. Ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” katanya.
Muhammad Nadir Al-Nuri juga berkata proses misi berkenaan berjalan cepat, teratur dan lancar, walaupun dipenuhi dengan 1,001 cabaran tersirat.
“Kisahnya akan keluar satu demi satu, tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan. Tetapi watak utama dalam ‘misi gila’ ini ialah Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!,” katanya yang turut berharap agar rakyat Malaysia terus bersolidariti membela nasib rakyat Palestin.
“Untuk PMX (Anwar), PMO (Pejabat Perdana Menteri), (Dr) Ahmad Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
“Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, amin,” luahnya mengakhiri catatannya.
Pada Ahad, beliau dilapor berkata bahawa situasi getir dihadapi anaknya yang mengalami komplikasi pernafasan dan terpaksa dikejarkan beberapa kali ke hospital di tengah malam, mendorong beliau untuk mengambil keputusan membawa keluarganya keluar dari Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024

Muhammad Nadir berkata Anwar merupakan individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi membawa keluar keluarganya dari Gaza. - Facebook Muhammad Nadir

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.

Perkongsian strategik Arm: Negara bakal hasilkan ‘cip AI buatan Malaysia’ – PM Anwar
Perkongsian strategik di antara Kerajaan Malaysia dan Arm Holdings Plc dalam pembangunan cip semikonduktor akan menyaksikan negara menghasilkan cip AI buatan sendiri.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat pertama MTMM 2025
Anwar berkata sebarang usul dan keputusan yang dibuat dalam MTMM akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Pemilihan PKR Mei ini penting perkukuh parti, menjelang PRU16 - Shamsul Iskandar
Buat pertama kalinya, anggota parti akan memilih kepimpinan baharu ketika Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.