KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.
Beliau yang diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, tiba di perkarangan masjid berkenaan kira-kira jam 1.20 tengah hari.
Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Anwar kemudian bersama ribuan jemaah mendengar khutbah bertajuk 'Amanat MenHan (Menteri Pertahanan) Citra Murni Hasrat Perdana Menteri' yang disampaikan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai.
Rashidi dalam khutbahnya berkata seluruh kerangka besar organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perlu bersama membina kecemerlangan dan kegemilangan perkhidmatan awam negara untuk melahirkan Malaysia Madani, yang digagaskan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Ayuh kita sahut saranan Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Pertahanan untuk melihat ATM dan awam kementerian bertaraf dunia melalui empat agenda; mengikhlaskan niat dalam melaksanakan kerja; integriti dan amalan tadbir urus sebagai nilai utama dalam pekerjaan; meningkatkan Iltizam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh; serta menjauhkan diri dari sifat-sifat Mazmumah," katanya.
Solat Jumaat kemudiannya diimamkan Leftenan Kolonel Mohd Nizam Termizi.
Usai solat Jumaat, Perdana Menteri yang lengkap berbaju melayu hijau mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah.
Terdahulu Anwar menikmati makan tengah hari di gerai Famous D'KL di tapak niaga berhadapan kawasan masjid dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bermesra dengan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) menunaikan solat sunat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.- Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba
Keutamaan kini tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas.
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dibentang
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa penasihat PPPTM 2025-2035 yang berlangsung di ibu negara semalam.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI ditukar ke KLCC - Fahmi
Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.