PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat berhubung pelaburan syarikat China di negara ini bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dilaksanakan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini susulan keputusan syarikat gergasi China yang bersetuju melabur di Malaysia.
"Saya sendiri bersama rakan-rakan akan turun berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan, terutama yang terima sumbangan pelaburan besar dari negara China," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Anwar berkata negeri yang terlibat dengan projek pelaburan dari China diminta mempercepatkan proses berkaitan kemasukan pelaburan itu, di negeri masing-masing.
"Kerajaan negeri dan majlis perbandaran harus memastikan proses-proses (berkaitan) dipercepatkan supaya jangan jadi masalah kepada syarikat, namun peraturan harus dipatuhi sepenuhnya.
"Semua kajian daripada jabatan kena selesai tetapi jangan ambil masa panjang kerana keadaan sekarang kena pacu pelaburan lebih rancak," katanya.
Anwar berkata projek pelaburan dari China melibatkan syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan Rongsheng Petrochemical Co, dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya Mei ini.
Projek pelaburan Geely adalah di Pahang dan Tanjung Malim, Perak manakala Rongsheng di Pengerang, Johor dan Terengganu.
"Dua syarikat utama Geely dan Rongsheng merancang melawat Malaysia sebagai tindakan susulan....dan memastikan projek mereka dapat bermula awal," katanya.
Menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri ke China baru-baru, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Anwar berkata negeri yang terlibat dengan projek pelaburan dari China diminta mempercepatkan proses berkaitan kemasukan pelaburan itu, di negeri masing-masing. -Bernama
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Perak sedia permudah urusan pelabur, perbaiki proses bersama agensi berkaitan - Saarani
Saarani berkata, pihaknya juga sentiasa memperbaiki banyak perkara termasuk kerjasama dengan pelbagai agensi bagi mempercepat proses berkaitan pelaburan.
PM Anwar pengerusi mesyuarat pelaburan China, pastikan tindakan berkesan dilaksana
Anwar berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini susulan keputusan syarikat gergasi China yang bersetuju melabur di Malaysia.