KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.
Jemputan itu dikongsi Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau hari ini.
"Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri," kata Anwar menerusi Facebook.
Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.
Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei bermula 11 pagi hingga 2 petang dan Wisma Majlis Bandaraya Seremban esoknya dari 10.30 pagi hingga 3 petang.
Penganjuran di Kelantan bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.
Rumah terbuka di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.
Kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
PM Anwar jemput orang ramai meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.