PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di semua plaza tol miliknya mulai tahun 2017.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohd Fuad Khusairi berkata ketika ini sebanyak 14 daripada 92 plaza tol miliknya telah melaksanakan sistem ETC manakala bakinya masih menggunakan sistem tol tertutup.
"PLUS menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, ia adalah antara usaha kami mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pelaksanaan ETC di plaza tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini.
Selain plaza tol Jambatan Pulau Pinang, empat lagi plaza tol turut melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di Kubang Semang, Pulau Pinang, serta Lunas, Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah mulai pukul 12 tengah hari ini.
Katanya pelaksanaan ETC sepenuhnya di Jambatan Pulau Pinang dijangka dapat melancarkan 30 hingga 50 peratus kesesakan trafik di laluan itu dan memberi penjimatan masa kepada pengguna.
Mohd Fuad berkata sebanyak 82,000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang setiap hari dan sebelum pelaksanaan ETC, 90 peratus daripadanya sudah menggunakan ETC.
"Mengikut rekod, penggunaan SmartTAG mampu mencatatkan 1,200 transaksi dalam tempoh satu jam berbanding tunai yang hanya mencatatkan 400 transaksi manakala kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go pula mencatatkan 550 transaksi bagi tempoh sama," katanya.
Beliau berkata PLUS juga membelanjakan hampir RM10 juta bagi menyerap kos promosi dan rebat yang diberikan di semua lima plaza tol berkenaan bermula 1 Sept hingga 31 Dis ini.
Katanya PLUS turut menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch 'n' Go baharu yang melalui kelima-lima plaza tol berkenaan sehingga 31 Dis ini.
Sementara itu, katanya aliran trafik berjalan lancar dan tiada kesesakan di lima plaza tol berkenaan terutama di Jambatan Pulau Pinang selepas pelaksanaan sistem ETC.
Mohd Fuad berkata pihaknya turut menempatkan kakitangan PLUS di lima plaza tol yang melaksanakan ETC hari ini bagi menjual kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go kepada pemandu kenderaan yang belum memilikinya.
"Setakat ini, semua berjalan lancar dan aliran trafik juga baik. Kakitangan PLUS dibantu polis trafik dan RELA membantu pengguna di lima plaza tol berkenaan untuk melancarkan perjalanan mereka," katanya.
Tinjauan Bernama di plaza tol Jambatan Pulau Pinang dan Kubang Semang juga mendapati trafik bergerak lancar walaupun hujan lebat hari ini kerana kebanyakan pengguna telah memiliki kad PLUSMiles dan Touch 'n' Go.
Seorang pemandu van, Jamal Othman, 46, berkata penggunaan kad Touch 'n' Go lebih mudah dan melancarkan perjalanan pengguna di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.
"Setiap hari saya menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk mengambil barangan jualan di George Town dan saya nampak dengan pelaksanaan ETC hari ini, perjalanan lebih lancar. Tidak sesak seperti selalu," katanya.
Bernama
Wed Sep 09 2015
![PLUS laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2017 PLUS laksana kutipan tol elektronik sepenuhnya mulai 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437285706_PLUSHIGHWAY.jpg)
Sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya akan bermula pada tahun 2017.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730693260_LHDNburuwargaasi.jpg)
Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![Piala E-Asia: E-Rimau sasar lolos ke peringkat kalah mati Piala E-Asia: E-Rimau sasar lolos ke peringkat kalah mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706588837_SkuadFAMeRimau.jpg)
Piala E-Asia: E-Rimau sasar lolos ke peringkat kalah mati
Sasaran itu dianggap realistik berdasarkan prestasi semasa skuad negara ketika menyertai kem latihan pusat.
![Nilai jualan sektor pembuatan bertumbuh 37.2 peratus - Jabatan Perangkaan Nilai jualan sektor pembuatan bertumbuh 37.2 peratus - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592814832_Petroleum.jpg)
Nilai jualan sektor pembuatan bertumbuh 37.2 peratus - Jabatan Perangkaan
Bagaimanapun, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan merosot 6.1 peratus berbanding bulan April.
![28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu 28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597048905_renjatanelektrik.jpg)
28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 45 kes dilaporkan termasuk 28 insiden yang menyebabkan kematian.
![Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603598432_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE
Hasil dapatan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan itu juga mendapati 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat.
![Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599773460_OKUTanganPalsu.jpg)
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
![Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51593143925_MahkamahSyariah.jpg)
Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.
![Pelan Ekonomi Jangka Pendek: Perluas capaian internet demi bantu usahawan Sabah Pelan Ekonomi Jangka Pendek: Perluas capaian internet demi bantu usahawan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591237290_AZHARBINDATUKMATU.jpg)
Pelan Ekonomi Jangka Pendek: Perluas capaian internet demi bantu usahawan Sabah
Capaian internet merupakan isu yang telah lama membelenggu negeri itu sekali gus merencatkan usaha ke arah ekonomi digital yang kian berkembang ketika krisis kesihatan COVID-19.
![Stesen pengecasan e-kenderaan BMW dilancar di Perak Stesen pengecasan e-kenderaan BMW dilancar di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522325409_BMW.jpg)
Stesen pengecasan e-kenderaan BMW dilancar di Perak
Stesen pengecasan kereta elektronik (e-kenderaan) itu menunjukkan komitmen berterusan kumpulan untuk memacu mobiliti masa depan di negara ini.
![Polis Jakarta siasat papan iklan elektronik tayang filem lucah Polis Jakarta siasat papan iklan elektronik tayang filem lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475289921_PornBillboard.jpg)
Polis Jakarta siasat papan iklan elektronik tayang filem lucah
Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.