PUTRAJAYA: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang menerima kemasukan lebih 100,000 pesakit sejak dibuka pada 9 Dis tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata angka itu bukan satu kebanggaan pihaknya kerana ia memerlukan pengorbanan besar petugas barisan hadapan dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.
"Hari ini kita mencatatkan 105,797 kes yang mendapat rawatan di PKRC ini dan memperoleh kerjasama yang baik daripada agensi lain.
Pengorbanan dan komitmen mereka (petugas barisan hadapan) begitu tinggi tidak kira siang atau malam termasuk ketika cuti umum bagi memastikan pengurusan pesakit di PKRC MAEPS ini dapat dilaksanakan dengan baik," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dr Sha'ari berkata di awal operasi, PKRC hanya menerima pesakit dalam kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori bergejala ringan, namun kemudian turut menerima pesakit kategori tiga iaitu kes radang paru-paru serta kategori empat yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus bersama 16 agensi lain bagi memastikan pesakit menerima rawatan sebaik mungkin.
"Walaupun terdapat rungutan namun sikap profesionalisme kakitangan di sini dapat mengatasinya dan berharap pesakit yang menerima rawatan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan," katanya.
Dr Sha'ari berkata kakitangan di pusat kuarantin itu juga berpengalaman dan mampu mengendalikan kes COVID-19 dalam jumlah yang besar.
"Sekiranya berlaku peningkatan jumlah pesakit ke PKRC ini, komitmen dan pengalaman dalam kalangan kakitangan begitu tinggi yang mampu merawat pesakit walaupun dalam jumlah yang ramai.
Kita juga telah melengkapkan beberapa fasiliti di sini seperti mesin x-ray bergerak, mesin ultrabunyi dan menambah bilangan pakar perubatan di samping 1,800 kakitangan lain untuk memberi perkhidmatan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Kakitangan di pusat kuarantin Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) berpengalaman dan mampu mengendalikan kes COVID-19 dalam jumlah yang besar. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PKRC MAEPS kini dikenali PKRC ZWT, rawat Kategori 1, 2A, 2B
Pusat berkenaan kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT).
Pembukaan semula PKRC MAEPS bukan tanda 'red flag' - Khairy
Pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bukan petanda kes penularan berada pada tahap serius di negara ini.
PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi 8 Feb ini
Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini.
PKRC MAEPS terima lebih 100,000 pesakit COVID-19 sejak dibuka Disember 2020
Angka itu bukan satu kebanggaan pihaknya kerana ia memerlukan pengorbanan besar petugas barisan hadapan dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.
COVID-19: NADMA sedia berdepan sebarang kemungkinan
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersedia untuk meningkatkan dan mengemas kini kemudahan sekiranya terdapat keperluan.