SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bersedia membuka lebih banyak dewan bagi menampung peningkatan kemasukan pesakit terutama dari Lembah Klang.
Pengarah PKRC MAEPS Dr Shahabuddin Ibrahim berkata buat masa ini, lima dewan sudah dibuka iaitu Dewan A, B, C, D1 dan DG, yang menempatkan seramai 3,883 pesakit COVID-19 daripada kategori 1, 2, dan 3.
"PKRC MAEPS ini dari semasa ke semasa kita memang menyesuaikan diri dengan keperluan dan risiko yang ada di lapangan sebagai contoh, melihat kepada peningkatan kes COVID-19 untuk kategori 3, kita dah boleh jangka ia akan menimbulkan 'backlog' di Hospital Sungai Buloh.
"Kita sentiasa memikirkan beberapa langkah ke hadapan dan sekarang pun kita sedang membuat persediaan kalau kita terpaksa buka dewan lain iaitu Dewan E (untuk menampung pertambahan pesakit)," katanya kepada media selepas membuat tinjauan persiapan pembukaan Dewan F di sini hari ini.
Pesakit kategori 1 dan 2 COVID-19 merupakan pesakit yang tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, manakala kategori 3 adalah mereka yang bergejala dengan radang paru-paru dan kategori 4 adalah mereka yang bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.
Buat masa ini, Dewan A menempatkan pesakit daripada kategori 1, 2 dan 3; Dewan B pesakit kategori 3 manakala Dewan C, D1 dan DG menempatkan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2.
Setakat ini, PKRC MAEPS mempunyai kapasiti sebanyak 5,869 katil dengan kira-kira 70 peratus sudah dipenuhi.
Dr Shahabuddin berkata PKRC MAEPS juga bersedia untuk menerima lebih ramai pesakit transit kategori 4.
"Dari sejak awal penubuhan PKRC ini, tujuan utama selain untuk kuarantin, kita adalah 'buffer' kepada hospital di Lembah Klang dan kita tumpukan pesakit kategori 3, 2 dan 1.
"Kita memang kena bersedia (terima lebih ramai) pesakit kategori 4...sekarang kalau terpaksa kita akan buka sebuah dewan iaitu Dewan B untuk menempatkan pesakit dengan bantuan oksigen jangka panjang namun sasaran kita dalam masa enam jam pesakit itu akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya.
Buat masa ini, pesakit COVID-19 kategori 4 ditempatkan secara sementara di dalam khemah gelembung udara tekanan negatif, bertindak sebagai transit Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikenali MAEPS Acute Resuscitation And Isolation Area (MARIA).
Pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan akan distabilkan terlebih dahulu di MARIA sebelum dimasukkan semula ke wad atau dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Mengenai Dewan F, Dr Shahabuddin berkata dewan yang baru dibuka itu menyediakan 580 katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 warganegara kategori 1 dan 2 yang dijangka mula beroperasi malam esok.
"Sekarang kita nak tambah sedikit lagi keselesaan untuk warganegara, jadi kita bina Dewan F ini khusus untuk menempatkan mereka...kita cuba membina kemudahan sebaik mungkin yang dilengkapi penyaman udara, 'lounge' untuk pesakit berehat dan ada pemisah untuk pesakit lelaki dan wanita.
"Ini untuk memastikan mereka yang mendiami Dewan F ini lebih selesa dan di sini pun ada kemudahan surau dan tandas yang mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Dr Shahabuddin Ibrahim berkata buat masa ini, lima dewan sudah dibuka yang menempatkan seramai 3,883 pesakit COVID-19 daripada kategori 1, 2, dan 3. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.

COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.

COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.

COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.