Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus menghayati "Deklarasi Permatang Pauh" bagi memastikan mereka tidak tergelincir dari asas perjuangan parti.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata, Deklarasi Permatang Pauh itu perlu dijadikan pegangan agar kuasa yang dinikmati sekarang tidak akan menjadikan mereka lalai serta mengabaikan rakyat.
“Ketahuilah bahawa parti ini bermula dengan gerakan rakyat bangkit menuntut keadilan terhadap kezaliman pemerintah ke atas (Presiden) Anwar Ibrahim. Menuntut keadilan dalam sistem kehakiman dan institusi awam.
“Kini, Alhamdulillah setelah 20 tahun, hasilnya parti ini berjaya melahirkan sebarisan kepemimpinan dan tokoh besar yang kini menerajui sebuah negara dengan aspirasi baharu,” kata Dr Wan Azizah.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap menutup Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2019, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.
Deklarasi Permatang Pauh itu, antara lain, menyebut mengenai prinsip menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat, lemah, kaya, miskin, membersihkan institusi dan proses undang-undang daripada dicemari penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Berucap lanjut, Dr Wan Azizah berkata, sejarah parti tidak pernah sunyi daripada pergolakan dalaman, terutamanya pertembungan sengit pada pemilihan parti 2018, ketika Keadilan berada di puncak kuasa.
“Pada masa itu saya merasakan bahawa parti ini seolah-olah tidak lagi seperti parti yang pernah saya pimpin sejak 1999. Ketika (pemilihan) itu, sahabat sudah dilihat umpama musuh yang perlu dinyahkan daripada parti.
“Saya takut parti yang kita bina dengan keringat dan air mata, dengan segala kepayahan dan derita akhirnya dimusnahkan dengan budaya rosak yang diciplak daripada parti musuh yang sudah rosak dan usang,” kata Dr Wan Azizah.
Bagaimanapun, kata beliau lagi, keadaan dinamika Keadilan yang menjadikan parti itu terus kukuh, relevan dan terbesar dalam Pakatan Harapan sehingga berjaya merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Firdaus Azil
Fri Dec 06 2019
Deklarasi Permatang Pauh perlu dijadikan pegangan agar kuasa yang dinikmati sekarang tidak akan menjadikan ahli lalai serta mengabaikan rakyat. - Gambar BERNAMA
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
"PKR dibina dengan air mata, jangan rosakkannya" - pesan Dr Wan Azizah pada ahli
Dr Wan Azizah ingatkan anggota PKR untuk terus menghayati "Deklarasi Permatang Pauh" bagi memastikan mereka tidak tergelincir dari asas perjuangan.
Batal dan adakan semula Kongres AMK - Hilman
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham memilih untuk memboikot pada sesi petang ini.
Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis
AMK serah pada polis susulan insiden kekecohan yang berlaku sewaktu kongres sayap itu berlangsung di MITC, Melaka pada Jumaat.
Pecat pelaku kekecohan Kongres Nasional AMK - Anwar Ibrahim
Menurut Anwar, perlakuan biadap di Kongres Nasional AMK tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.