Pembukaan ekonomi secara berperingkat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah membolehkan rakyat dan perniagaan mula menjana pendapatan dan membayar semula pinjaman kewangan mereka.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, oleh itu langkah seterusnya yang boleh diambil ialah pertolongan secara lebih bersasar kepada golongan yang masih memerlukan.
"Perbincangan bersama bank-bank tempatan (masih dijalankan) untuk pertolongan lebih bersasar termasuk memanjangkan tempoh pembayaran yang akan mengurangkan ansuran bulanan, mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil," katanya.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul menegaskan bahawa penangguhan pembayaran balik moratorium bank adalah untuk tempoh enam bulan sahaja dan ianya akan berakhir pada hujung September.
Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pertanyaan Menteri daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan serta soalan tambahannya berkenaan pelaksanaan inisiatif seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dan moratorium.
Menurut Kementerian Kewangan, moratorium bayaran balik pinjaman oleh institusi kewangan yang bermula sejak 1 April, 2020 dianggarkan berjumlah kira-kira RM51.4 bilion setakat 6 Julai, 2020.
Di bawah inisiatif PRIHATIN, kerajaan telah memperuntukkan RM100 bilion untuk moratorium.
Pendekatan moratorium secara bersasar telah diambil oleh kerajaan di kebanyakan negara di dunia seperti Singapura, Thailand, Itali dan Amerika Syariakat.
Pelaksanaan moratorium secara menyeluruh boleh memberi tekanan tambahan terhadap sistem kewangan dari segi menjejaskan aliran tunai akibat daripada masalah peningkatan pinjaman tidak berbayar. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
![PKPP bolehkan rakyat, perniagaan jana pendapatan - Tengku Zafrul PKPP bolehkan rakyat, perniagaan jana pendapatan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595303675_TengkuZafrul.jpg)
Tengku Zafrul menegaskan bahawa penangguhan pembayaran balik moratorium bank adalah untuk tempoh enam bulan sahaja dan ianya akan berakhir pada hujung September. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak dalam memperkasa Ekonomi MADANI - Amir Hamzah Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak dalam memperkasa Ekonomi MADANI - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721889481_AmirHamzahAzizan.jpg)
Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak dalam memperkasa Ekonomi MADANI - Amir Hamzah
Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak.
![Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709181370_TBDATUKSERIAMIR.jpg)
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
![PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705579145_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
![Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 - PM Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699374339_AnwarIbrahimAIPSA.jpg)
Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.
![Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696655778_TBAhmadMaslan.jpg)
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695613199_MohamadbinSabu.jpg)
Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Mohamad berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
![Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680517770_DewanRakyathukuma.jpg)
Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini
Sidang Dewan Rakyat akan bincang mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut.
![Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680564011_NigelLawson.jpg)
Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun.
![Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678774228_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
![Belanjawan 2023, saya sedang menyediakannya - PM Anwar Belanjawan 2023, saya sedang menyediakannya - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677070390_TBanwaribrahim.jpg)
Belanjawan 2023, saya sedang menyediakannya - PM Anwar
Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menarik pelaburan.