KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan polis untuk mengesan dan menangkap 400 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang yang hilang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis (12 November).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis juga diarahkan untuk menahan majikan yang bersubahat menyembunyikan pekerja daripada menjalani ujian saringan COVID-19.
Katanya, arahan untuk mengesan dan menahan itu pernah dilakukan ketika PKPD dilaksanakan di Selangor Mansion.
"Kali ini saya difahamkan lebih mudah (untuk mengesan) kerana majikan bersubahat dengan pekerja dan membawa bas untuk membawa mereka keluar.
“Lebih mudah kepada PDRM kerana boleh mengesan melalui majikan.
“Kita sudah putuskan tindakan, bukan sahaja boleh diambil kepada pekerja yang melarikan diri malah majikan yang bersubahat kerana mereka menyusahkan penguatkuasa dan membahayakan nyawa orang lain," katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid memaklumkan lebih 400 penduduk di dalam kawasan PKPD Medan 88 gagal dikesan pada hari pertama pelaksanaan.
Isabelle Leong
Thu Nov 12 2020
Kerajaan melaksanakan PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang mulai Khamis (12 November). - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
19 daripada 400 penduduk yang hilang di PKPD Medan 88 telah serah diri - Polis
19 individu telah menyerah diri selepas didapati tidak pulang ke kediaman mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi pada Khamis.
PKPD Medan 88, Salak Tinggi: MKN arah polis kesan, tangkap 400 penduduk
PDRM juga diarahkan untuk menahan majikan yang bersubahat menyembunyikan pekerja daripada menjalani ujian saringan COVID-19.
Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun
Bantuan bekalan keperluan asas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi mencukupi setakat ini.