KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah yang bermula 16 November ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 10 Disember, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini dan sebanyak 175 kes kumulatif COVID-19 direkodkan di Kg Numbak dan 224 kes di Penempatan Telipok.
Bagaimanapun, sehingga kini KKM mengesahkan jumlah kes aktif di kedua-dua lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
Sementara itu katanya, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah pada 14 Disember seperti yang dijadualkan.
Bagaimanapun, PKPD di asrama pekerja Kilang Yamaha akan diteruskan selama tujuh hari lagi bermula 15 sehingga 21 Disember.
Selain itu jelas Ismail, pelaksanaan PKPB di seluruh Daerah Kinta turut ditamatkan pada 14 Disember
kecuali di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta yang akan diteruskan sehingga 20 Disember.
BACA: Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini, 13 Disember 2020
Dalam pada itu ujarnya, seramai 655 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan pada hari ke 271 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tegasnya, daripada jumlah itu, seramai 587 individu telah dikompaun manakala 67 individu pula direman dan seorang dijamin.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (292), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (179), tidak memakai pelitup muka (99), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (75) dan lain-lain (10).
"Dalam pada itu, operasi Benteng telah berjaya menahan 104 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong serta merampas enam kenderaan darat dan satu bot/kapal.
"Sebanyak 51 operasi sanitasi meliputi 11 Zon Merah, dua Zon Jingga, 10 Zon Kuning dan enam Zon Hijau yang melibatkan 12 buah negeri dilaksanakan semalam," katanya.
Tambahnya, sehingga 11 Disember, sebanyak 14,804 individu dari luar negara sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 544 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Astro Awani
Sun Dec 13 2020

Kata Ismail, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah pada 14 Disember seperti yang dijadualkan. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).