LAHAD DATU:Akibat tidak berpuas hati dengan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penduduk di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah telah mengadakan perhimpunan di laluan utama di dua lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor ketika dihubungi berkata, sebab utama sebilangan penghuni di dua lokaliti PKPD itu bertindak demikian ialah kerana mereka masih belum memperoleh keputusan ujian saringan COVID-19.
"Jawatankuasa Pusat Operasi Kawalan Bencana (PKOB) daerah ke negeri telah bersetuju agar PKPD ditamatkan namun keputusan PKOB Pusat masih mahu melanjutkan PKPD kerana mendapati sebilangan penduduk di kawasan itu masih belum memperoleh keputusan ujian saringan COVID-19.
BACA: COVID-19 di Sabah: Tiada sampel tertunggak, angka positif masih tinggi
"Setelah berjumpa dan menjelaskan kepada mereka akhirnya mereka bersurai dengan aman.
"Mereka hanya inginkan penjelasan dan bimbang akan diberhentikan kerja akibat PKPD selain terdapat juga penduduk yang berniaga," katanya.
Jelas Nasri, pekerja yang ingin keluar bekerja (essential services) perlu mengemukakan dokumen lengkap dan mendapat pengesahan dari majikan.
"Bagi keadaan sekarang, cukup sekadar pesanan ringkas (SMS) daripada majikan yang memanggil mereka bekerja dan pesanan itu ditunjukkan kepada petugas di laluan keluar masuk utama," katanya lagi.
Ketika ditanya sekiranya berlaku kekerasan, jelas Nasri, tiada sebarang kekerasan berlaku dan semuanya dalam keadaan terkawal.
Qaisara Umaiyah, Zulhafiiz Brahim
Mon Nov 09 2020

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor, setelah berjumpa dan menjelaskan kepada mereka akhirnya mereka bersurai dengan aman.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.