KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah pada 24 Disember seperti yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
"Sehingga 22 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 9,065"ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 806 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini semakin terkawal dan menunjukkan trend penurunan.
"Atas nasihat KKM, sidang khas semalam bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah pada 24 Disember 2020 (hari ini) seperti yang dijadualkan," katanya pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
PKPD di Taman Telipok Ria dilaksanakan bermula 27 November lalu sebelum dilanjutkan sehingga 24 Disember.
Irwan Muhammad Zain
Thu Dec 24 2020

Ismail Sabri menjelaskan KKM mendapati terdapat tiada peningkatan kes di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).