KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokasi di Johor, bermula 2 Januari sehingga 15 Januari.
Ia masing-masing melibatkan Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni yang kesemuanya adalah pekerja warga asing.
"Sehingga 31 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 338 ujian saringan dan daripada jumlah itu 212 kes positif COVID-19 telah direkodkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.
Ismail Sabri menambah, PKPD di Asrama Pekerja Westlite masing-masing melibat dua bangunan di Westlite1 dan lima blok bangunan di Westlite 2.
"Ia menempatkan 4,444 penghuni yang kesemuanya adalah pekerja warga asing.
"Sehingga 31 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 95 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 20 kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam kalangan penghuni di kedua-dua asrama ini," tambah Ismail Sabri.
Dalam perkembangan sama, PKPD di Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong disytiharkan tamat hari ini.
Setakat ini, KKM telah melaksanakan 1,042 ujian saringan dan daripada jumlah itu hanya dua kes positif COVID-19 direkodkan di apartment tersebut.
"KKM turut mengesahkan kesemua penduduk dilokaliti ini telah disaring dan tiada lagi sampel menunggu keputusan," ujar beliau.
BACA: PKPP dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Hasimi Muhamad
Fri Jan 01 2021
![PKPD di asrama pekerja Kejora Juara dan Westlite bermula 2 Januari PKPD di asrama pekerja Kejora Juara dan Westlite bermula 2 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609154215_950x600.jpg)
Keputusan melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar fail
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![KKM tidak tolak ansur sebarang amalan pakatan harga, antipersaingan perolehan ubat KKM tidak tolak ansur sebarang amalan pakatan harga, antipersaingan perolehan ubat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723502217_PembantuFarmasi.jpg)
KKM tidak tolak ansur sebarang amalan pakatan harga, antipersaingan perolehan ubat
Kementerian juga pandang serius amalan syarikat pengeluar dan pembekal farmaseutikal tawar harga tinggi kepada kerajaan berbanding kepada swasta bagi sesetengah produk ubat.
![Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685174707_wabakdenggisandak.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.
![Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630891144_StomachPain.jpg)
Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan
Sekurang-kurangnya 60 individu di pejabat ByteDance Singapura, syarikat induk TikTok menerima rawatan selepas disyaki keracunan makanan.
![KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601282184_Health.jpg)
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
![317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan 317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan
Sebanyak 317 kes baharu demam denggi dan empat kematian dilaporkan pada Minggu Epidemologi ke-29 (ME29).
![KKM pastikan Orang Asli terus dapat perkhidmatan kesihatan berkualiti - Dr Dzulkefly KKM pastikan Orang Asli terus dapat perkhidmatan kesihatan berkualiti - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721709903_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM pastikan Orang Asli terus dapat perkhidmatan kesihatan berkualiti - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan sentiasa memastikan komuniti Orang Asli mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
![Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721563535_ahmadmukhlismukhta.jpg)
Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.
![5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM 5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721444965_TBSESITOWNHALL.jpg)
5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM
Sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan PPKHT 2004.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.