KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 23 lagi lokaliti di Terengganu dan Sabah, bermula 3 hingga 16 Ogos depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Hishammuddin berkata, PKPD di Terengganu membabitkan 20 lokaliti di mukim Sura dan Kuala Dungun di Dungun selain satu di mukim Jabi, Besut.
Lokaliti di mukim Sura ialah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.
"Sembilan lokaliti di mukim Kuala Dungun ialah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.
"Satu lagi lokaliti di mukim Jabi ialah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan," katanya dalam kenyataan harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Hishammuddin berkata, dua lokaliti di Sabah membabitkan Perumahan Ladang Hibumas 2 di Beluran dan Kampung Tagibang di Kota Marudu.
Selain itu, Hishammuddin juga memaklumkan PKPD di enam lokaliti di Kelantan dan Sabah yang sepatutnya tamat pada 2 Ogos, dilanjutkan sehingga 16 Ogos depan.
"Dua lokaliti di Kelantan membabitkan Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau di mukim Bukit Jawa di Pasir Puteh, manakala empat lokaliti di Sabah membabitkan Ladang Agathis di Kalabakan, Kampung Nosoob di Penampang, Kampung Gunung di Likas dan Kampung Bakalau di Beaufort," katanya.
Selain itu, beliau juga memaklumkan penamatan PKPD di 27 lokaliti di Pahang, Perak dan Sabah pada 2 Ogos.
"PKPD di Pahang yang ditamatkan adalah di Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam di Raub.
"Di Sabah, ia membabitkan Kampung Serudung Baru di Tawau, Kampung Muhibbah di Beaufort dan Kampung Dandulit Matunggong di Kudat.
"Selain itu, Apartment Seri Maju di Kota Kinabalu; Kampung Simpangan di Kota Marudu; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari di Tawau; dan Taman Zifa, Bingkul di Beaufort.
"Taman Teluk Likas, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Jaya di Kota Kinabalu; Kampung Long Kiangan, Kampung Ranau-Ranau, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru di Sipitang," katanya lagi.
Hishammuddin memaklumkan 16 lokaliti di Perak membabitkan Taman Tapah, Taman Bunga Raya, Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru, Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1 dan Taman Sri Damai 2, Taman Asoka, Taman Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang, Taman Tapah 2 dan Kampung Baru Pekan Getah.
"Tiga lokaliti di Mukim Bidor di Batang Padang melibatkan Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/Kg Cegar Tambahan/Kg Cegar.
"Dua lokaliti di Mukim Batu Kurau di daerah Larut, Matang dan Selama membabitkan Kampung Batu 19 setengah dan Kampung 20," katanya.
Hishammuddin memaklumkan satu lagi lokaliti di Perak yang ditamatkan PKPD membabitkan Taman Melor Fasa 1 di Hilir Perak.
Astro Awani
Sun Aug 01 2021

Hishammuddin memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.