SEREMBAN:Semua masjid dan surau yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Zon Nilai, dibenarkan mendirikan solat lima waktu berjemaah, namun terhad kepada imam, bilal dan siak.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain itu, solat Jumaat juga dibenarkan dengan jumlah jemaah seramai 40 orang.
"Semua premis sosial dan pendidikan termasuk institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah pondok adalah ditutup. Selain itu, restoran dan kedai serbaneka 24 jam, kedai atau gerai makan dan kedai runcit serta aktiviti perniagaan lain dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
"Bagi operasi pasar harian, dibenarkan dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang, pasar tani dari jam 6 pagi hingga 12.00 tengah hari manakala operasi pasar malam tidak dibenarkan dalam tempoh ini," katanya dalam sidang media khas berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point Nilai dan PKPB Zon Nilai di sini, hari ini.
Sebanyak 35 lokaliti dan taman yang terlibat di dalam PKPB Zon Nilai.
Selain itu katanya, semua majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta turut ditangguhkan, sementara waktu dan bagi majlis sosial seperti majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, kenduri doa selamat, tahlil serta sambutan ulang tahun kelahiran, adalah tidak dibenarkan.
Mengenai PKPD di kawasan Putra Nilai, Aminuddin berkata semua aktiviti ekonomi, sosial, rekreasi dan budaya, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut seperti yang terkandung di dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata PKPD akan dilaksana di Putra Point Nilai bermula 28 Okt hingga 10 Nov, membabitkan dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di kawasan itu, yang dikesan menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 iaitu Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F serta Jalan BBN 1/2E.
Bagi tempoh yang sama juga, Ismail Sabri berkata kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPB di Zon Nilai berikutan peningkatan kes positif COVID-19 warga asing di zon berkenaan.
Setakat semalam, Negeri Sembilan merekodkan 25 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,337 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
![PKPB Zon Nilai: Masjid, surau dibenarkan dirikan solat jemaah terhad kepada tiga orang PKPB Zon Nilai: Masjid, surau dibenarkan dirikan solat jemaah terhad kepada tiga orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603808974_solatsolatjenazah.jpg)
Solat Jumaat juga dibenarkan dengan jumlah jemaah seramai 40 orang. -Bernama
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![PKPB Zon Nilai: Masjid, surau dibenarkan dirikan solat jemaah terhad kepada tiga orang PKPB Zon Nilai: Masjid, surau dibenarkan dirikan solat jemaah terhad kepada tiga orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603808974_solatsolatjenazah.jpg)
PKPB Zon Nilai: Masjid, surau dibenarkan dirikan solat jemaah terhad kepada tiga orang
Semua masjid dan surau yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Zon Nilai, dibenarkan mendirikan solat lima waktu berjemaah, namun terhad kepada imam, bilal dan siak.