Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:
- Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
- Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu
- Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
- Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
- Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:
- Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
- Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti simptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
- Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai
- Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19
- Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul
Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:
- Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan
- Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
- Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat