SHAH ALAM:Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan parameter kawasan di Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes pandemik COVID-19.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PKPB sebelum ini akan diperhalusi dan dilengkapkan pada mesyuarat yang akan melibatkan semua agensi, jabatan dan badan berkaitan itu.
"Sebarang penyebaran mengenai SOP bagi daerah Klang ketika ini masih belum muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan MKN esok (hari ini). Perkara berbangkit yang lain juga akan turut dimuktamadkan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya menyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil maklum mengenai pelaksanaan PKPB di Klang dan pengumuman lanjut akan dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MKN berkenaan.
BACA: PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok
Selain Klang, kerajaan Persekutuan turut mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, dan Tuaran di Sabah bermula pada tarikh sama susulan peningkatan kes pandemik COVID-19 di kawasan itu.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata pelaksanaan tersebut diambil bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di daerah berkenaan selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020
Pelaksanaan PKPB ialah bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di sesebuah daerah selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.
Komitmen kerajaan kaji semula gaji penjawat awam beri kesan positif kepada sektor swasta - PKPB
Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula tangga gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah dilihat sebagai satu langkah yang baik, sekali gus memberi kesan positif kepada pekerja sektor swasta.
Perlu ada keazaman, kesungguhan jayakan hasrat PM perkasa TVET - PKPB
Ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.
PRU15: Parti politik perlu terima keputusan rakyat esok
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan seluruh parti politik menerima apa sahaja keputusan serta mandat baharu yang rakyat berikan bermula esok.
Lima perkara penting kenyataan media Hishammuddin Hussein pada 13 Ogos
KPDNHEP juga telah melakukan 2,598 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,597 premis mematuhi SOP manakala 1 lagi diberi amaran.
173 dikompaun ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada Selasa, KPDNHEP telah membuat 1,004 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.
375 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin pada 2 Ogos
KPDNHEP telah membuat 800 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas
290 individu ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin
KPDNHEP telah membuat 806 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (619), pemborong (156) dan pengilang (31).
355 ditahan ingkar SOP, berikut lima perkara penting kenyataan Hishammuddin pada 28 Julai
Op Benteng melibatkan ATM, PDRM, APMM, JIM, JKDM, AKSEM dan agensi-agensi keselamatan lain.