PKP: Waktu operasi kedai makan masih kekal 6 pagi hingga 8 malam

Hasimi Muhamad
Januari 14, 2021 19:48 MYT
Kerajaan masih belum mempertimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan dari pukul 8 malam hingga 10 malam di negeri terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum mempertimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan dari pukul 8 malam hingga 10 malam di negeri yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Khamis, meskipun terdapat rungutan berhubung perkara tersebut.
"Belum bersedia (lanjutkan waktu operasi)... Kita PKP ini dua minggu, dulu kita pernah tiga bulan. Jadi baru dua minggu patuhlah dengan apa yang disarankan oleh kerajaan.
"Macam saya kata tadi kalau kes menurun, kita tukar status PKP jadi PKP Bersyarat (PKPB), jadi ada kelonggaran yang akan diberikan.
"Jadi, kalau nak tempat kita bertukar kepada PKPB dan ada kelonggaran, kitalah yang boleh menjadi kawasan itu bertukar status dari PKP ke PKPB," katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
#perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPB #PKPP #ismail sabri yaakob #operasi #MCO #CMCO #RMCO #kerajaan #Kedai makan #restoran
;