KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar dan mengesan sekumpulan warga asing yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menganjurkan jamuan makan di Sungai Sekamat, Kajang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki itu ditahan selepas pihaknya mengesan dua video tular berhubung pelanggaran SOP PKP yang membabitkan sekumpulan warga asing.
"Lelaki berkenaan mengaku mengadakan majlis itu pada 13 Mei dan kita masih mengesan individu yang hadir ke majlis berkenaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes Insp Zazali Kenek di talian 019 2990062," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) (Pindaan 2021) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.
Terdahulu tular video berdurasi satu minit 36 saat memaparkan sekumpulan lelaki disyaki warga asing menganjurkan jamuan makan di media sosial, dan video itu mendapat kecaman serta kritikan warganet.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021

Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar dan mengesan sekumpulan warga asing yang disyaki melanggar SOP PKP dengan menganjurkan jamuan makan di Sungai Sekamat, Kajang pada Jumaat. -Video tular
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.