KUALA LUMPUR:Melihat pada peningkatan angka COVID-19 dengan jangkaan lebih 8,000 kes pada pertengahan Mei, sekiranya kadar jangkitan (R naught) kekal pada 1.2, maka adalah tidak mustahil lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan sekali lagi di Malaysia.

Jika terus dibiarkan, ia bukan sahaja melumpuhkan insitusi kesihatan negara malah akan meletakkan setiap rakyat Malaysia dalam risiko.

Namun kali ini, pelaksanaan PKP sekirannya dilaksanakan semula berkemungkinan menggunakan pendekatan sedikit 'lembut' berbanding kali pertama memandangkan pada ketika itu negara masih belum mempunyai aplikasi-aplikasi serta kaedah spesifik yang boleh membantu mengesan penyebaran virus itu. 

Bagaimanapun begitu, pelaksanaan lockdown kedua bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya pernah dilaksanakan di beberapa negara ketika berdepan dengan gelombang kedua peningkatan kes COVID-19 dan terbukti berkesan.


England 29 Oktober - 2 Disember 2020


Jerman 2 November - 30 November 2020


Greece 7 November - 30  November 2020


Sepanyol 26 Oktober - 9 November 2020