Polis telah melengkapkan siasatan kes seorang wanita berusia 30-an yang menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya Op COVID-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kertas siasatan kes itu akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya.
“Hari ini (Khamis), kita akan bawa kertas siasatan kes wanita terbabit yang ditahan kerana memanggil polis ‘idiot’ ke timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan (dibuat).
“Sekiranya, mendapat arahan (tuduh) esok pagi suspek akan didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Selasa lepas, media melaporkan tindakan seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya.
Wanita berkenaan dikatakan berang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan tentera di lokasi itu.
Dia kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Afiezy Azaman
Thu Apr 02 2020
![PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81585801931_WOMENHANDCUFF.jpg)
Seorang wanita ditahan kerana memaki polis dengan menggunakan perkataan 'idiot' pada Selasa.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81585801931_WOMENHANDCUFF.jpg)
PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis
Wanita berkenaan dikatakan berang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan polis.
![Uncle! Uncle! Tetap tunduk tak bergerak - Fara Fauzana kongsi detik cemas di Tol Subang Uncle! Uncle! Tetap tunduk tak bergerak - Fara Fauzana kongsi detik cemas di Tol Subang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530525617_fafau-header.jpg)
"Uncle! Uncle! Tetap tunduk tak bergerak" - Fara Fauzana kongsi detik cemas di Tol Subang
Pengacara popular Fara Fauzana berkongsi pengalaman mencemaskan di tol Subang menuju Shah Alam baru-baru ini.