Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menggantung semua perkhidmatan trennya bermula Sabtu sepanjang tempoh lanjutan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana jumlah penumpang yang amat rendah sepanjang lapan hari lepas.
ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata akibat pandemik COVID-19 semua penerbangan dihentikan dan hampir semua pejabat dan perkhidmatan ditutup, mengakibatkan hampir tiada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan ERL yang terhad.
"Syarikat telah meminta nasihat pihak berkuasa berkaitan dan memutuskan untuk menggantung sementara perkhidmatannya dalam tempoh berkenaan. ERL akan terus menyediakan perkhidmatan kepada semua penumpang sebaik sahaja PKP ditamatkan," menurut kenyataan syarikat itu.
Sementara itu, ERL berkata penggantungan sementara perkhidmatan ERL di Kuala Lumpur mencerminkan keadaan sama dihadapi banyak negara seperti City Airport Train di Vienna, Rhonexpress di Lyon, Gatwick Express di London, Gautrain di Johannesburg, dan Airport Express Line di New Delhi.
ERL memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi dan menasihatkan penumpang supaya mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.
Ia menasihatkan penumpang supaya mengemukakan sebarang tiket yang tidak digunakan untuk pembayaran balik menerusi Pertanyaan Pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari www.KLIAekspres.com, Facebook KLIA Ekspres atau hubungi Pertanyaan Pelanggan di 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi - 6.00 petang waktu tempatan).- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
![PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81585888540_ERL.jpg)
ERL memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi dan menasihatkan penumpang supaya mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
![PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81585888540_ERL.jpg)
PKP: ERL gantung sementara perkhidmatan mulai Sabtu
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menggantung semua perkhidmatan trennya bermula esok sepanjang tempoh lanjutan semasa PKP