Seramai enam pelajar dari tiga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak dapat meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berteduh di kolej kediaman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.
Mereka yang terdiri daripada tiga pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu; seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang dan dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah itu telah ditawarkan tempat di kolej kediaman USIM selepas masing-masing terkandas dalam perjalanan mereka.
Pelajar Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian UniSZA Muhammad Al Jabbar Abd Muin, 25, berkata beliau bersama dua rakannya Mohamad Ehsansyah, 22, dan Azizana Safwan Arman, 22, sudah lebih sebulan tinggal di kolej kediaman USIM, selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 20 Mac lepas ketika dalam perjalanan ingin pulang ke Sabah.
"Apabila kerajaan umumkan 18 Mac akan bermulanya PKP, kami sempat membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah pada tarikh 20 Mac, tetapi pada hari berkenaan setelah tiba di klia2 baru kami tahu penerbangan dibatalkan kerana mematuhi PKP dan waktu itu pula kami tiada tempat untuk dituju kerana hari sudah malam.
"Saya menghubungi pihak universiti memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak UniSZA memaklumkan akan berhubung dengan pihak USIM untuk memohon bantuan. Alhamdulillah...pada malam itu juga kakitangan USIM datang menjemput kami di klia2 dan menempatkan kami di Kolej Kediaman Acacia USIM sehingga hari ini," katanya di sini.
Berkongsi pengalaman sama, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dari UMP, Chua Wei Ming, 23, yang tidak dapat dapat pulang ke Sibu, Sarawak kerana penerbangan ke sana turut dibatalkan.
"Saya sudah berada di Kuala Lumpur apabila mengetahui jadual penerbangan saya pada 21 Mac dibatalkan dan apabila membuat rujukan di media sosial, saya tengok harapan untuk pulang memang tipis kerana kerajaan tidak membenarkan sebarang penerbangan dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak.
"Hendak pulang semula ke UMP akan menghadapi banyak kesulitan, jadi saya menumpang sementara di rumah kenalan di Kuala Lumpur.
"Setelah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP, mereka memberitahu USIM bersedia menawarkan kediaman kepada saya bagi memastikan kebajikan dan keselamatan saya terjaga dan saya mula mendiami kolej kediaman USIM pada 30 Mac lepas sehingga kini," katanya.
Sementara itu, pelajar Pengurusan Pembangunan dari UUM, Alif Ikhwan Yusof, 25, dan rakannya Randy Kevin, 22, pula ditempatkan di USIM bagi mematuhi tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara.
"Kami sedang mengikuti program 'mobility outbound' di Universiti Yogyakarta, Indonesia sebelum diarahkan pulang segera ke Malaysia ekoran risiko penularan wabak COVID-19 yang tinggi di sana. Kami juga telah dimaklumkan awal apabila sampai di Malaysia, tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam untuk pulang ke rumah melainkan dijemput oleh ahli keluarga.
"Keluarga saya tinggal jauh di Kota Bharu, Kelantan manakala Randy pula keluarganya berada di Sandakan, Sabah. Jadi, kami diberi pilihan untuk menjalani kuarantin di universiti di sekitar Kuala Lumpur atau berdekatan lalu memutuskan untuk menjalani kuarantin di USIM kerana lebih dekat," katanya.
Tambahnya, dia bersama dengan Randy telah tinggal di USIM bermula 27 Mac hingga Khamis lepas sebelum dibenarkan pulang oleh Kementerian Kesihatan setelah disahkan ujian saringan COVID-19 mereka adalah negatif.
Kesemua mereka turut melahirkan rasa terima kasih kepada USIM kerana selama berada di kolej kediaman universiti itu, mereka mendapat perhatian dan layanan yang baik serta diberi kemudahan penginapan yang selesa sepanjang PKP ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020

Pelajar-pelajar itu ditawarkan tempat di kolej kediaman USIM selepas masing-masing terkandas dalam perjalanan mereka. --fotoBERNAMA/Hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.

'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.

Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.

PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.

Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.

Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.