KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam akan terus berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan perkembangan terbaharu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya Adnan Mat berkata pihaknya yakin konsep bekerja dari rumah (BDR) yang telah diaplikasikan sejak Mac tahun lalu mampu memastikan negara tidak lumpuh walaupun pelaksanaan PKP di sesetengah negeri.
"Semua penjawat awam kebanyakannya sudah memahami dan bersedia melaksanakan tugasan berdasarkan konsep BDR ini. Bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), arahan bekerja di pejabat dan BDR adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"CUEPACS berharap setiap ketua jabatan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mengatur tugas kakitangan masing-masing. Setiap arahan haruslah berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan agar tidak merisikokan penjawat awam yang bertugas di pejabat ataupun di lapangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya mengumumkan pelaksanaan PKP di lima negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah - serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), bermula 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan ini.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan- diletakkan di bawah PKPB manakala Perlis dan Sarawak di bawah PKPP, juga untuk tempoh sama.
Adnan berkata pihaknya berharap semua pihak sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memberikan kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Presidennya Adnan Mat berkata pihaknya yakin konsep bekerja dari rumah (BDR) yang telah diaplikasikan sejak Mac tahun lalu mampu memastikan negara tidak lumpuh walaupun pelaksanaan PKP di sesetengah negeri. - Gambar fail
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Tiada laporan ajaran sesat Millah Abraham di Kelantan
Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
[TERKINI] SPRM beku 20 akaun bank suami isteri pempengaruh, 2 individu
SPRM beku kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Ibu bapa ditahan dipercayai abai anak
Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 13 tahun ditahan, selepas dipercayai mengabaikan anak.
KDN cadang guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, bergerak ke arah itu, kementerian kini sedang mengkaji untuk membangunkan dan melaksanakan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS).
Kecoh gara-gara perkataan 'Anti Islam'
RSN Rayer antaranya mendakwa Awang Solahuddin menyebut perkataan 'enam jahanan', dipercayai merujuk kepada bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.