KUANTAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sedang mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi dibangunkan di sekitar stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, berdasarkan kepada Pelan Guna Tanah di sekitar stesen ECRL, dua lokasi yang dilihat berpotensi adalah di Kawasan Perindustrian Gebeng, Bentong dan Kompleks Makanan Halal Gambang (Paya Besar).
"Bagi Kawasan Perindustrian Gebeng, PKNP dalam perancangan membangunkan tapak IKS (industri kecil dan sederhana) baharu yang berkonsepkan Park Management bagi memberi peluang kepada pelabur tempatan dan luar bersama-sama merancakkan lagi pertumbuhan di Kawasan Perindustrian Gebeng," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Rodzuan Zaaba (BN-Jenderak) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan lagi sektor perindustrian Pahang, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Ketika menjawab soalan tambahan Thomas Su Keong Siong (DAP-Ketari) mengenai perancangan pembangunan untuk daerah Bentong yang merupakan antara stesen ECRL dan berdekatan dengan Kuala Lumpur, Nizar berkata, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan mengkaji beberapa cadangan pembangunan di daerah itu.
"Kita melihat cadangan pembangunan yang boleh dilakukan dalam radius 20 hingga 30 kilometer di kawasan stesen terbabit dan perkara ini akan dimaklumkan kelak.
"(Buat masa ini), kita telah berjaya menarik minat pelabur luar negara untuk bertapak di Bentong tetapi pada masa sama, kita perlu mengimbangkan dengan keperluan industri tempatan sedia ada," katanya.
Selain itu, Mohamad Nizar berkata, PKNP juga sedang mengenal pasti kawasan industri baharu terutamanya di wilayah Pahang Barat dengan mengambil kira Projek Lingkaran Tengah Utara yang kini dilaksanakan secara berperingkat di samping dapat mewujudkan keseimbangan pembangunan ekonomi di wilayah-wilayah negeri ini.
Kerajaan negeri juga menurut Mohamad Nizar, telah menetapkan sasaran peningkatan jumlah pelaburan sebanyak lima peratus setiap tahun bagi pelaburan Zon Perindustrian di Gebeng, Pekan, Estet Bentong dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) bagi merancakkan lagi ekonomi negeri ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (PN-Beserah), Mohamad Nizar berkata, jumlah pelaburan China ke Malaysia lebih tinggi memandangkan negara itu mempunyai sumber modal yang banyak. - BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Nizar berkata, dua lokasi yang dilihat berpotensi adalah di Kawasan Perindustrian Gebeng, Bentong dan Kompleks Makanan Halal Gambang (Paya Besar). - Gambar Sinar Harian
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.