Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hari ini menarik balik representasi untuk menimbang semula pertuduhan berhubung kos
pembelian tanah.
Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Dr Ling, berbuat demikian bagi membolehkan perbicaraan bersambung selepas beberapa kali tertangguh ekoran dua representasi yang dikemukakannya.
Representasi yang ditarik balik itu bertarikh 21 Nov tahun lepas berkaitan kos pembelian tanah dan pengiraan kadar sasaran aliran tunai diskaun (DCF).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah bagaimanapun memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kerana pihaknya masih perlu meneliti satu lagi representasi bagi tujuan yang sama (timbang semula pertuduhan).
Representasi bertarikh 9 Oktober tahun lepas itu dikemukakan selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan akauntan Mok Chew Yin memberi keterangan di peringkat pembelaan.
"Jika peguam mahu pihak kami kaji representasi, adil bagi kami untuk mendapat masa secukupnya. Kami perlu kaji secara efektif dan menyeluruh dengan seadil-adilnya," katanya.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan permohonan Tun Abdul Majid dan menetapkan 18 Feb untuk menyambung perbicaraan.
Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 Nov 2002.
Dr Ling dipanggil membela diri pada 9 Mac lalu dan empat saksi telahpun memberi keterangan termasuk Dr Mahathir.
Bernama
Mon Jan 21 2013
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
PKFZ: Dr Ling tarik balik representasi
Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini menarik balik representasi untuk menimbang semula pertuduhan berhubung kos pembelian tanah.