SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan hari ini bahawa laporan pemaju akan diteliti secara menyeluruh sebelum kelulusan tanah diberikan bagi pembinaan projek Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway (PJD Link) dilaksanakan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sekiranya penilaian meliputi pelbagai aspek itu telah dilaksanakan, pihak pemaju sekali lagi perlu membuat pendengaran awam sebelum kelulusan tanah diberikan.
Beliau berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan yang menjadi syarat kepada pihak pemaju seperti dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 5 April lepas.
"Mereka (pemaju projek PJD Link) janji untuk mengatasi kesemua komen serta bantahan penduduk ketika projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) ditawarkan. KIDEX kita dah tolak, jadi mereka kata PJD Link akan memperbaiki semua (segala isu berbangkit berhubung KIDEX).
"Sebagai kerajaan yang adil, kita dengar. Setakat ini pihak kerajaan tidak dengar lagi apakah pembaikan itu. Kalau pemaju tak dapat perbaiki semua, penjelasan tidak memuaskan hati, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk tidak benarkan (projek PJD Link) dibangunkan semula," katanya.
Amirudin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ronnie Liu Tian Khiew (PH-Sungai Pelek) yang ingin tahu pendirian kerajaan negeri berhubung projek PJD Link.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim memaklumkan perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak PJD Link dengan kerajaan Persekutuan pada 5 April lepas telahmeletakkan syarat duluan.
Katanya syarat tersebut ialah pihak syarikat perlu melaksanakan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Penilaian Impak Trafik (TIA) terlebih dahulu sebelumperjanjian ini menjadi efektif dan projek tersebut dimulakan.
Menurutnya cadangan PJD Link ini masih belum boleh dimuktamadkan di peringkat negeri kerana sehingga kini masih tiada kajian EIA, SIA dan TIA dilaksanakan oleh PJD Link, dan ia perludibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) serta disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk penyelesaian perihal tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sekiranya penilaian meliputi pelbagai aspek itu telah dilaksanakan, pihak pemaju sekali lagi perlu membuat pendengaran awam sebelum kelulusan tanah diberikan. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selangor batal permohonan pembinaan lebuh raya PJD-Link
Kerajaan Selangor tidak berhasrat meneruskan cadangan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) dan memutuskan membatalkan permohonan projek berkenaan.

PJD Link: Laporan pemaju akan diteliti sebelum kelulusan tanah diberikan - MB Selangor
Laporan pemaju akan diteliti secara menyeluruh sebelum kelulusan tanah diberikan bagi pembinaan projek PJD Link) dilaksanakan.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.