Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenal pasti secepat mungkin.
“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian sekitar 3.01 petang itu, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.