Warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.
Perkara itu ditegaskan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu integriti tertinggi diamalkan seluruh warga kementeriannya.
"Cuma panglima-panglima, pegawai-pegawai kanan, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha ini semua kalau melakukan rasuah, boleh pindah ke kementerian lain.
"Saya hendak nyatakan di sini kerana ia merupakan satu penghormatan tuan-tuan dan puan-puan untuk memimpin, berada di kementerian ini," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Dewan Perkasa Wisma Perwira, di sini hari ini.
Malah, beliau juga mahu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti penglibatan beliau dalam rasuah di kementerian tersebut.
"Saya sendiri, kalau sekiranya ada perkara-perkara yang saya buat oleh pegawai-pegawai saya, kalau ada bukti-bukti berhubung kait dengan saya sendiri, laporkan kepada SPRM.
"Saya sendiri sanggup berdepan apa sahaja kalau ada bukti untuk diri saya sendiri kerana kedudukan saya ini bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin, tetapi sebagai Menteri Pertahanan untuk menjaga pertahanan dan keselamatan negara kita," katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM.
Mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Apr 17 2017
![Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492406796_Hishammuddin.jpg)
Hishammuddin juga mahu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti penglibatan beliau dalam rasuah di kementerian tersebut. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![KSU Kementerian Pertahanan bersara hari ini KSU Kementerian Pertahanan bersara hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527782355_AbdulRahimMohamad.jpg)
KSU Kementerian Pertahanan bersara hari ini
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi bersara hari ini, setelah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
![Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492406796_Hishammuddin.jpg)
Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin
Warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.
![Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3% Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/41402014999_295x200.jpg)
Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%
Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus.
![KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41374661693_295x200.jpg)
KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.