Takwim Majlis Mesyuarat Kedua dan Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 akan menyaksikan beberapa pindaan dengan sesi mesyuarat ketiga Dewan Rakyat dipinda ke tarikh baharu dari 2 Nov hingga 15 Dis ini.
Menurut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, selaras dengan itu mesyuarat ketiga selama 27 hari yang akan turut menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 oleh Menteri Kewangan pada 2 Okt ditunda ke tarikh baharu, iaitu 6 Nov ini.
Menurut portal rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat ketiga itu sepatutnya berlangsung dari 28 Sept hingga 26 Nov 2020, dengan persidangan berjalan selama 36 hari.
Pindaan itu dibuat oleh pihak kerajaan selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagi urusan majlis mesyuarat kedua pula, sesi Dewan Rakyat yang ditetapkan berlangsung dari 13 Julai hingga 27 Ogos ini selama 25 hari adalah mengikut jadual asal tetapi Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijadual pada 6 Ogos ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kerajaan.
"Penangguhan ini dilakukan setelah kerajaan mengambil kira penularan wabak COVID-19 yang telah memberi kesan terhadap ekonomi negara dan bagi membolehkan kerajaan membuat kajian lebih lanjut serta lebih banyak libat urus dengan pemegang-pemegang taruh dapat dilaksanakan," katanya.
Mesyuarat kedua, penggal ketiga, Dewan Rakyat itu akan membahaskan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja serta rang undang-undang dan urusan kerajaan lain.
Sementara itu, Mohamad Ariff juga berkata Dewan tidak akan bersidang pada 30 Julai kerana Hari Raya Korban dijangka disambut pada 31 Julai, serta pada 19 dan 20 Ogos kerana awal Muharam pada 20 Ogos.
Beliau berkata Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin akan mengeluarkan notis panggilan mesyuarat dan butiran pindaan takwim itu kepada semua ahli Dewan Rakyat pada Jumaat (12 Jun).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020
Takwim Majlis Mesyuarat Kedua dan Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 akan menyaksikan beberapa pindaan dengan sesi mesyuarat ketiga Dewan Rakyat dipinda ke tarikh baharu dari 2 Nov hingga 15 Dis ini. - Astro AWANI
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.