KUALA LUMPUR: Pindaan bagi Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun keldai dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurutnya, perundangan sedia ada tidak memperuntukan sebarang kesalahan bagi membolehkan penguat kuasa mengambil tindakan ke atas keldai akaun yang membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain.
"Disebabkan kelompongan itu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meminda kedua-dua akta ini bagi menangani jenayah penipuan itu secara komprehensif dan lebih berkesan.
"Cadangan pindaan dijangka dibawa dan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini selepas memperoleh pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat," pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu status penggubalan perundangan berkenaan akaun mule atau keldai akaun dalam menangani peningkatan penipuan kewangan secara dalam talian.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, pindaan itu, akan mewujudkan kesalahan baharu berkaitan tindakan terhadap mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan orang lain tanpa kuasa dan tujuan yang sah.
Selain itu, katanya, ia memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk menyita akaun bank disyaki terbabit jenayah siber.
Katanya, berdasarkan siasatan, pemilik akaun itu didapati akaun mereka disewakan atau diberi akses kepada pihak ketiga secara sukarela atau sebaliknya.
"Apa yang menyukarkan proses siasatan adalah pemilik akaun ini kebiasaanya tidak mengenali pihak ketiga yang menyalahgunakan akaun mereka sebagai medium transit," ujar Azalina lagi.
Umavathi Ramayah
Thu Jul 04 2024

Azalina berkata, perundangan sedia ada tidak memperuntukan sebarang kesalahan bagi membolehkan penguat kuasa mengambil tindakan ke atas keldai akaun yang membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain. - Gambar Jabatan Penerangan

Pemetaan sempadan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha
Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Kemboja terima pakai prinsip Satu China
Raja Kemboja menekankan pendirian negara itu untuk menerima pakai prinsip Satu China, susulan lawatan ke China.
Kemasukan tanpa visa Thailand bakal dipendekkan kepada 30 hari
Tempoh kemasukan ke Thailand tanpa visa akan dipendekkan daripada 60 kepada 30 hari bagi mengekang kegiatan warga asing yang menjalankan perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Serangan Israel pada bulan Ramadan tidak boleh diterima - Menteri Singapura
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel pada bulan Ramadan adalah tidak boleh diterima dan dikesali.
STR Fasa 2: RM1.7 bilion mula disalur Isnin
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan disalurkan Isnin depan dengan pereuntukan sebanyak RM1.7 bilion kepada hampir sembilan juta penerima yang layak #AWANInews
Malaysia ingin wujudkan ekosistem mobiliti seragam - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia mahu wujudkan ekosistem mobiliti yang seragam di ASEAN.

JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April
JDT melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Treler bawa tujuh kereta baharu terjunam dalam gaung
Sebuah rumah penduduk turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang akibat kemalangan berkenaan.
Hong Leong Bank lancar lagu Senyum Senyum Raya
Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu.

Polis Abu Dhabi beri amaran tentang penipuan berkaitan Ramadan di media sosial
Polis juga memberi amaran terhadap pautan amal palsu di media sosial yang menyamar sebagai organisasi yang sah.

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian
Mangsa membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui WhatsApp.

Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto
Ramai warga emas teruja melabur dalam mata wang kripto kerana pulangan lumayan yang dijanjikan, tetapi akhirnya menjadi mangsa penipuan.

Pengarah syarikat ditipu sindiket BEC, kerugian lebih RM250,000
Seorang pengarah syarikat barangan perkakasan dapur kerugian lebih RM250,000 selepas menjadi mangsa penipuan Business Email Compromise (BEC) awal bulan ini.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.

YouTube perketat dasar berkaitan kandungan perjudian dalam talian
YouTube mengumumkan dasar yang dikemas kini berkaitan dengan perjudian dalam taliansebagai usaha untuk melindungi penonton daripada kandungan yang berpotensi bahaya.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.