Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) yang diluluskan oleh Parlimen semalam bakal menyaksikan kualiti perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti Uber dan Grabcar di seluruh negara ditingkatkan dan bakal melalui transformasi, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam satu kenyataan hari ini, SPAD berkata pindaan itu akan memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan tersebut mengguna pakai standard keselamatan dan perkhidmatan tertinggi termasuk pemeriksaan latar belakang mandatori.
"Suruhanjaya juga berkuasa memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmatan e-hailing menyerahkan maklumat berkaitan perjalanan dan kenderaan yang digunakan kepada SPAD bagi perancangan pengangkutan awam darat," katanya.
Menurut SPAD selain memastikan tambang e-hailing ditentukan kuasa pasaran, pindaan itu juga mampu meningkatkan pendapatan pemandu melalui penggunaan harga tambang dinamik apabila menggunakan aplikasi e-hailing atau kadar tambang teksi bermeter semasa mengambil penumpang di bahu jalan.
Perubahan itu adalah wajar dan akan berupaya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, dan pada masa sama menyediakan medan persaingan adil bagi industri teksi melalui penggunaan teknologi terkini yang lebih responsif kepada kuasa pasaran, kata agensi tersebut.
"SPAD akan menggariskan butiran yang lebih lanjut mengenai pindaan APAD ini serta impak perundangan terhadap industri teksi dan perkhidmatan e-hailing dalam jangka masa terdekat," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.
Perkara itu menjadi realiti selepas Parlimen semalam meluluskan beberapa rang undang-undang (RUU) bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing di negara ini.
Ia membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan oleh Nancy tanpa pindaan menerusi undian lisan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2017
![Pindaan akta saksikan perkhidmatan teksi, Uber, Grabcar dipertingkat Pindaan akta saksikan perkhidmatan teksi, Uber, Grabcar dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490778294_grabuber.jpg)
Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang. - Gambar fail
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709967487_TBGraduanTVETjp.jpg)
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
![Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702603845_TBMediaSosialjp.jpg)
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
![Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689641088_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
![Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656570954_Agong.jpg)
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
![Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654676797_TBARGUE.jpg)
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
![Gubal segera akta berkaitan ketum Gubal segera akta berkaitan ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647519750_Ketum.jpg)
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
![Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51545204187_AzalinaOthman.jpg)
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
![Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594907416_TBOnlineShopping.jpg)
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
![SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/81552529503_SPRM.jpg)
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
![Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615081364_TakiyuddinHassan.jpg)
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.