PORT DICKSON:Kerajaan bercadang untuk menaikkan denda maksimum kepada RM10 juta daripada RM500,000 pada masa ini, bagi kes pencemaran air menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pindaan akta itu dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada November depan.
"Selain itu, pindaan itu juga akan meningkatkan hukuman penjara dan semua ini akan kami bentangkan dalam sidang Parlimen akan datang berkemungkinan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 nanti," katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi pencemaran tumpahan minyak di Pantai Cermin, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar, Pengarah JAS Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malek.
Menjawab pertanyaan sama ada akta sedia ada tidak mencukupi dalam membendung insiden pencemaran di negara ini, Tuan Ibrahim berkata akta sedia ada mencukupi bagi menangani isu berkenaaan namun yang paling utama adalah sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sebab itu kami menganggap mereka ini penjenayah kepada alam sekitar dan kita tak boleh berkompromi dengan sikap melampau seperti ini," katanya.
BACA: Sungai Batang Benar, Sungai Pajam terdedah risiko pencemaran
BACA: Pencemaran sungai: Atasi kelemahan dalam pengurusan lembangan sungai - Pakar
VIDEO: Pencemaran sungai: Memadaikah sekadar denda?
Sementara itu, mengulas mengenai insiden berkenaan yang melibatkan pencemaran sepanjang dua kilometer di pesisir Pantai Cermin, beliau berkata ia merupakan kes kali kedua direkodkan selepas yang pertama pada 2009.
"Bagi kes ini, Jawatankuasa Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Daerah Port Dickson dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Melaka diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa minyak akibat pencemaran oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Selain itu, sampel di lokasi telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi dianalisis dan penentuan ciri serta komposisi bahan buangan. JAS dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga melakukan rondaan laut dan pemantauan dron bagi mengesan punca tumpahan minyak ini," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
![Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling cadang naikkan denda RM10 juta Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling cadang naikkan denda RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/61553317286_KIMIA.jpg)
Pihak yang menyebabkan pencemaran alam sekitar perlu dikenakan denda yang lebih setimpal. - Gambar hiasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling cadang naikkan denda RM10 juta Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling cadang naikkan denda RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/61553317286_KIMIA.jpg)
Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling cadang naikkan denda RM10 juta
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pindaan akta itu dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada November depan.