Pihak berkuasa di Malaysia sedang bertindak tegas terhadap firma-firma keselamatan di negara ini, ekoran kes tragis pegawai AmBank Norazita Abu Talib, 37, yang ditembak di kepala oleh seorang pengawal keselamatan.
Ekoran kes tersebut, Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan lesen operasi firma itu kerana ia didapati telah gagal menjalankan pemeriksaan yang betul dan tidak mendapatkan lesen untuk pengawal bersenjata mereka.
Kementerian juga sedang memantau 751 syarikat keselamatan yang berdaftar untuk mengenalpasti kesalahan dan telah memulakan Ops ID di seluruh negara sejak 29 Oktober.
Turut terlibat adalah Jabatan Imigresen:
- Pada Jumaat lepas, 15 pegawal keselamatan telah ditahan di pusat membeli-belah Pavilion kerana telah menyalahgunakan pas lawatan mereka. Ada di antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, menurut jabatan Imigresen. Seorang pengarah sebuah syarikat keselamatan yang berusia 28 tahun turut ditahan dan bakal di mahkamah kerana mengambil pekerja-pekerja asing untuk bekerja serta melindungi mereka.
- Pada Rabu lepas, Jabatan Imigresen Pulau Pinang menangkap 20 pendatang tanpa izin termasuk 12 rakyat Nepal di beberapa kawasan perumahan. Mereka dilaporkan bekerja sebagai pegawai keselamatan dan menggunakan kad identiti palsu.
- Pada Rabu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 24 pegawai keselamatan Nepal kerana tidak mempunyai dukumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas perjalanan mereka.
Walaubagaimanapun, masalah pegawal keselamatan palsu ialah bukan satu fenomena baru.
Apabila polis menemui bahawa pengawal yang menembak Norazita mempunyai kad pengenalan palsu tetapi masalah tiada penapisan yang betul ke atas firma-firma keselamatan ini sudah lama diketengahkan oleh pihak media.
Kekurangan pekerja yang berkelayakan untuk menjadi pegawal keselamat turut menyebabkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi kekosongan tersebut.
Walaupun kerajan hanya membenarkan rakyat tempatan dan bekas tentera Nepal (Gurkha) diambil kerja sebagai pegawal keselamatan, namun, terdapai ramai yang tidak jatuh di bawah kategori ini.
Pada masa kini, terdapat lebih kurang 150,000 pegawal keselamatan tempatan dan 5,000 Gurkha.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 melaporkan bahawa di antara 35 buah sekolah yang telah diaudit, salah satu pengawal keselamatan didapati mempunyai rekod jenayah manakala 76 tidak dapat pelepasan keselamatan dari balai polis atau Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
Berikut adalah kes yang melibatkan pengawal keselamatan palsu yang pernah terjadi di negara ini:
1 November: Dua pengawal keselamatan Filipina dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret untuk menggunakan kad pengenalan palsu.
23 Oktober: Pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di kepala pada jarak dekat oleh seorang pengawal keselamatan di USJ Sentral 2, Subang Jaya. Pembunuh melarikan diri dengan RM450,000. Rakaman CCTV tersebut tersebar di laman media sosial.
30 Oktober 2012: Seorang pegawai keselamatan berusia 53 tahun melepaskan tembakan dari senapang patah pam di sebuah bank di Jalan Datok Keramat. Tembakan terkena lantai yang diperbuat daripada papan.
19 April 2012: Empat pengawal keselamatan di Johor Bahru ditangkap selepas sebuah pasar raya mendakwa mereka membawa lari wang RM79, 363,95 yang diserahkan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun bank.
12 April 2012: Lapan pengawal keselamatan berusia antara 20 dan 35 tahun, ditahan oleh polis selepas mereka membawa lari wang RM462, 000 dalam sebuah van keselamatan di hadapan sebuah bank di Jalan Niaga, Kota Tinggi.
23 Januari 2012: Seorang pengawal keselamatan bersenjata yang dipercayai menagih dadah, ditangkap selepas pergelutan dengan polis di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
11 November 2011: Seorang pelanggan tercedera apabila terkena tembakan dari senapang patah yang dimiliki oleh seorang pengawal keselamatan , di Taman Sentosa, Johor.
Teoh El Sen
Sat Nov 09 2013
- gambar hiasan
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Pihak berkuasa sedang bertindak tegas terhadap firma-firma keselamatan
Kementerian sedang memantau 751 syarikat keselamatan yang berdaftar untuk mengenalpasti kesalahan dan telah memulakan Ops ID di seluruh negara sejak 29 Oktober.