SUBANG JAYA: Beberapa restoran di sekitar daerah ini diperiksa oleh pihak berkuasa termasuk polis dalam satu operasi pemantauan hari ini, setelah dikesan menggunakan alatan penstriman secara tidak sah di premis mereka.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata pemeriksaan itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran bahawa penstriman secara haram adalah kesalahan, seterusnya mengelakkan ia terus berleluasa dalam kalangan pengusaha perniagaan.
“Kami menasihatkan pengusaha perniagaan untuk menghentikan penggunaan peranti penstriman yang tidak dibenarkan dan memastikan mereka memperoleh langganan bersesuaian serta menggunakan perkhidmatan hiburan yang sah di premis mereka.
"Penstriman haram adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun ataupun kedua-duanya sekali,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Pemeriksaan berkenaan adalah sebahagian pelaksanaan program kesedaran pencegahan penstriman haram yang merupakan kerjasama pihak berkuasa dan Jabatan Keselamatan Astro.
Turut menyertai pemeriksaan itu ialah Ketua Bisnes Perusahaan, Astro Malaysia Holdings Bhd, Kevin Ng.
Sementara itu, Kevin berkata, jenayah cetak rompak telah mengakibatkan kerugian besar terhadap ekonomi negara sekali gus memberi risiko ribuan individu hilang pekerjaan.
“Cetak rompak mampu memberi kesan yang mendalam terhadap kemampuan pihak penyiaran dalam meneruskan perkhidmatan mereka, termasuk untuk peminat-peminat sukan dan perusahaan komersial," katanya.
Pada masa sama Kevin berkata Astro turut bertekad meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam kempen anticetak rompak dan mengalu-ngalukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi membenteras jenayah berkenaan.
“Kami juga mengalu-alukan kerjasama termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dalam membanteras cetak rompak.
"Kami berharap kerjasama ini mampu berkembang dalam membawa kesedaran dalam kalangan pengusaha atau pemilik tempat-tempat komersial akan kesan-kesan penggunaan kaedah ISD (peranti penstriman haram),” katanya.
Jelasnya lagi, pihak berkepentingan termasuk kerajaan, pengawal selia, penyiar, pemegang hak, pembekal kandungan serta perusahaan komersial perlu bersatu untuk melindungi kandungan hiburan yang sah.
Eton Khir
Thu Feb 24 2022
Pemeriksaan hari ini adalah sebahagian pelaksanaan program kesedaran pencegahan penstriman haram yang merupakan kerjasama pihak berkuasa dan Jabatan Keselamatan Astro. - Foto Astro AWANI
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pihak berkuasa pantau penggunaan alat penstriman haram di premis perniagaan, restoran
Pemeriksaan hari ini adalah sebahagian pelaksanaan program kesedaran pencegahan penstriman haram yang merupakan kerjasama pihak berkuasa dan Jabatan Keselamatan Astro.