Amaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada orang ramai termasuk penyokong pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) yang akan berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.
"Jangan lupa, operasi kami terhadap kenderaan ubahsuai plat nombor dan lampu HID bermula hari ini!."
Tegas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, pihaknya menjangkakan operasi yang akan dijalankan malam ini akan turut menahan penyokong kedua-dua pasukan yang akan pulang ke negeri masing-masing selepas menonton bola.
"Operasi sudah bermula sejak pagi tadi, kita menjangka akan mencatat pertambahan tinggi trafik pada setiap sekatan selepas wisel penamat final bola.
"Bagaimanapun, kita harap semua sudah mematuhi undang-undang ini. Kita juga tidak mahu kesesakan melampau berlaku malam ini kerana operasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Operasi yang bermula hari ini melibatkan 1,500 anggota dengan kerjasama polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Kata Ismail, amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan sudah diberi sejak sekian lama.
"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.
"Saman tetap saman," jelasnya.
Kedua-dua pasukan itu bakal beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8.45 malam ini.
Saman mandatori akan dikeluarkan bagi mereka yang didapati melanggar spesifikasi yang ditetapkan, di mana hanya tiga jenis plat nombor yang dibenarkan.
Kenderaan biasa sepatutnya mempunyai hanya huruf dan nombor putih yang timbul di atas plat hitam, sementara kenderaan kedutaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa perlu mempunyai huruf putih dan nombor timbul di atas plat merah.
Bagi teksi dan kereta sewa pula, huruf dan nombor perlu berwarna hitam dan timbul di atas plat putih.
Spesifikasi lampu HID menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan langsung kecuali jika perubahan dibuat kepada keseluruhan sistem pencahayaan yang diberi akreditasi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), dalam kes tertentu.
Bagi kesalahan lampu HID, pesalah boleh didenda sehingga RM2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.
Mana-mana lampu strob atau 'beacon' berwarna juga tidak dibenarkan bagi kenderaan persendirian, dan hanya dibenarkan oleh kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans.
Sekiranya motosikal di atas 250cc melanggar spesifikasi, denda kompaun akan dikeluarkan dalam kadar RM100 (jika diselesaikan dalam masa 2 minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).
Motosikal di bawah 250cc pula akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara 2 minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 01 2014

PIALA MALAYSIA 2014: JPJ tunggu pesalah kenderaan penyokong JDT dan Pahang - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

JPJ tidak berkompromi dengan pemandu yang masih gunakan lampu strobe
JPJ Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang masih ingkar dengan menggunakan lampu "strobe" dan HID.

Peraturan nombor pendaftaran, cermin gelap dan lampu 'strobe'
Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan.